Perisai Muslim — Himpunan Doa dan Zikir

Terjemahan Edisi Kemaskini 2022 · 132 Bab

1. Doa ketika bangun daripada tidur

(1)

اَلْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي أَحْيَانَا بَعْدَ مَا أَمَاتَنَا وَإِلَيْهِ النُّشُورُ.

“Segala puji bagi Allah yang menghidupkan kami selepas mematikan kami dan kepada-Nya kami akan kembali”1.

(2)

لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ، وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ. سُبْحَانَ اللَّهِ، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ، وَلَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَاللَّهُ أَكْبَرُ، وَلَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ الْعَلِيِّ الْعَظِيمِ، رَبِّ اغْفِرْ لِي.

“Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah yang Esa, tiada sekutu bagi-Nya, bagi-Nya segala kekuasaan dan bagi-Nya segala pujian dan Dia Maha Berkuasa atas setiap sesuatu. Maha suci Allah, Segala puji bagi Allah dan tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah, Allah Maha Besar, tiada daya dan upaya melainkan dengan keizinan Allah yang Maha Tinggi Maha Agung, Ya Allah ampunilah daku”2.

(3)

اَلْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي عَافَانِي فِي جَسَدِي، وَرَدَّ عَلَيَّ رُوحِي، وَأَذِنَ لِي بِذِكْرِهِ.

“Segala puji bagi Allah yang memberikan nikmat kesihatan pada tubuhku dan mengembalikan kepadaku rohku dan mengizinkan aku untuk mengingati-Nya”3.

(4)

إِنَّ فِي خَلْقِ السَّمَوَاتِ وَالْأَرْضِ وَاخْتِلَافِ اللَّيْلِ وَالنَّهَارِ لَآيَاتٍ لِأُولِي الْأَلْبَابِ . الَّذِينَ يَذْكُرُونَ اللَّهَ قِيَامًا وَقُعُودًا وَعَلَى جُنُوبِهِمْ وَيَتَفَكَّرُونَ فِي خَلْقِ السَّمَوَاتِ وَالْأَرْضِ رَبَّنَا مَا خَلَقْتَ هَذَا بَاطِلًا سُبْحَانَكَ فَقِنَا عَذَابَ النَّارِ . رَبَّنَا إِنَّكَ مَنْ تُدْخِلِ النَّارَ فَقَدْ أَخْزَيْتَهُ وَمَا لِلظَّالِمِينَ مِنْ أَنْصَارٍ . رَبَّنَا إِنَّنَا سَمِعْنَا مُنَادِيًا يُنَادِي لِلْإِيمَانِ أَنْ آمِنُوا بِرَبِّكُمْ فَآمَنَّا رَبَّنَا فَاغْفِرْ لَنَا ذُنُوبَنَا وَكَفِّرْ عَنَّا سَيِّئَاتِنَا وَتَوَفَّنَا مَعَ الْأَبْرَارِ . رَبَّنَا وَآتِنَا مَا وَعَدْتَنَا عَلَى رُسُلِكَ وَلَا تُخْزِنَا يَوْمَ الْقِيَامَةِ إِنَّكَ لَا تُخْلِفُ الْمِيعَادَ . فَاسْتَجَابَ لَهُمْ رَبُّهُمْ أَنِّي لَا أُضِيعُ عَمَلَ عَامِلٍ مِنْكُمْ مِنْ ذَكَرٍ أَوْ أُنْثَى بَعْضُكُمْ مِنْ بَعْضٍ فَالَّذِينَ هَاجَرُوا وَأُخْرِجُوا مِنْ دِيَارِهِمْ وَأُوذُوا فِي سَبِيلِي وَقَاتَلُوا وَقُتِلُوا لَأُكَفِّرَنَّ عَنْهُمْ سَيِّئَاتِهِمْ وَلَأُدْخِلَنَّهُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ ثَوَابًا مِنْ عِنْدِ اللَّهِ وَاللَّهُ عِنْدَهُ حُسْنُ الثَّوَابِ . لَا يَغُرَّنَّكَ تَقَلُّبُ الَّذِينَ كَفَرُوا فِي الْبِلَادِ . مَتَاعٌ قَلِيلٌ ثُمَّ مَأْوَاهُمْ جَهَنَّمُ وَبِئْسَ الْمِهَادُ . لَكِنِ الَّذِينَ اتَّقَوْا رَبَّهُمْ لَهُمْ جَنَّاتٌ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَا نُزُلًا مِنْ عِنْدِ اللَّهِ وَمَا عِنْدَ اللَّهِ خَيْرٌ لِلْأَبْرَارِ . وَإِنَّ مِنْ أَهْلِ الْكِتَابِ لَمَنْ يُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَمَا أُنْزِلَ إِلَيْكُمْ وَمَا أُنْزِلَ إِلَيْهِمْ خَاشِعِينَ لِلَّهِ لَا يَشْتَرُونَ بِآيَاتِ اللَّهِ ثَمَنًا قَلِيلًا أُولَئِكَ لَهُمْ أَجْرُهُمْ عِنْدَ رَبِّهِمْ إِنَّ اللَّهَ سَرِيعُ الْحِسَابِ . يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اصْبِرُوا وَصَابِرُوا وَرَابِطُوا وَاتَّقُوا اللَّهَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ

Terjemahan Surah Ali ‘Imran, ayat 190–200:

“Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal; (190)

(Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah sama ada ketika berdiri, duduk atau berbaring dan mereka memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan semua ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab Neraka (191).

Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya orang-orang yang Engkau telah masukkan ke dalam Neraka maka sesungguhnya Engkau telah menghinakannya dan orang-orang yang zalim tidak ada baginya walaupun seorang penolong (192).

Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya kami telah mendengar seorang Penyeru (Rasul) yang menyeru kepada keimanan berkata: Berimanlah kamu kepada Tuhan kamu, maka kami pun beriman. Wahai Tuhan kami, ampunkanlah dosa-dosa kami dan hapuskanlah kesalahan-kesalahan kami dan matikanlah kami bersama orang-orang yang baik (yang banyak berbuat kebajikan) (193).

Wahai Tuhan kami! Berikanlah kepada kami pahala yang telah Engkau janjikan kepada kami melalui Rasul-rasul-Mu dan janganlah Engkau hinakan kami pada Hari Kiamat; sesungguhnya Engkau tidak memungkiri janji (194).

Maka Tuhan mereka memperkenankan doa mereka (dengan firman-Nya): Sesungguhnya Aku tidak akan mensia-siakan amalan orang-orang yang beramal dari kalangan kamu, sama ada lelaki atau perempuan, (kerana) setengah kamu (adalah keturunan) dari setengahnya yang lain; maka orang-orang yang berhijrah (kerana menyelamatkan agamanya) dan yang diusir keluar dari tempat tinggalnya dan yang disiksa (dengan pelbagai seksaan) kerana menjalankan agama-Ku dan yang berperang (untuk mempertahankan Islam) dan yang terbunuh (gugur Syahid dalam perang Sabil), sesungguhnya Aku akan hapuskan kesalahan-kesalahan mereka dan sesungguhnya Aku akan masukkan mereka ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, sebagai pahala dari sisi Allah dan di sisi Allah jualah pahala yang sebaik-baiknya (bagi mereka yang beramal soleh) (195).

Jangan sekali-kali engkau (wahai Muhammad) terpedaya oleh usaha gerakan orang-orang kafir di dalam negeri (yang membawa keuntungan kepada mereka) (196).

(Semua) itu hanyalah kesenangan yang sedikit, (yang akan lenyap), lalu tempat kembali mereka adalah Neraka Jahannam dan itulah seburuk-buruk tempat tinggal (197).

Sebaliknya orang-orang yang bertakwa kepada Tuhan mereka, akan beroleh Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya sebagai tempat tinggal (yang dikurniakan) oleh Allah dan segala yang ada di sisi Allah adalah lebih baik bagi orang-orang yang berbakti (yang taat, yang banyak berbuat kebajikan) (198).

Dan sesungguhnya ada di antara Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) yang beriman kepada Allah dan (kepada) apa yang diturunkan kepada kamu (Al-Quran) dan juga (kepada) apa yang diturunkan kepada mereka. Mereka tunduk kepada Allah dengan tidak menukarkan ayat-ayat Allah untuk mengambil keuntungan dunia yang sedikit. Mereka itu beroleh pahalanya di sisi Tuhan mereka. Sesungguhnya Allah amat segera perhitungan hisab-Nya (199).

Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di perbatasan) serta bertakwalah kamu kepada Allah semoga kamu berjaya (mencapai kemenangan)” (200)4.

Nota kaki

1. “Sesiapa yang membacanya akan diampunkan baginya, kalau dia berdoa akan diperkenankan doanya, kalau dia bangun berwudhu’ kemudian menunaikan solat diterima solatnya”. Sahih Al-Bukhari, Fathul Bari 3/39 dan lainnya. Lafaz hadis riwayat Ibnu Majah; lihat: Sahih Ibnu Majah 2/335. [Hisn al-Muslim 1]

2. At-Tirmizi 5/473, Lihat: Sahih At-Tirmizi 3/144. [Hisn al-Muslim 2]

3. At-Tirmizi 5/473, Lihat: Sahih At-Tirmizi 3/144. [Hisn al-Muslim 3]

4. Surah Ali ‘Imran, ayat 190 hingga 200. Sahih Al-Bukhari, Fathul Bari 8/237, Muslim 1/530. [Hisn al-Muslim 4]

2. Doa ketika memakai pakaian

(5)

الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي كَسَانِي هَذَا (الثَّوْبَ) وَرَزَقَنِيهِ مِنْ غَيْرِ حَوْلٍ مِنِّي وَلَا قُوَّةٍ.

“Segala puji bagi Allah yang memakaikan aku (pakaian) ini dan memberi rezeki kepadaku sedang aku tiada daya dan upaya (untuk mendapatkannya melainkan dengan pertolongan Allah)”1.

Nota kaki

1. Hadis ini dikeluarkan oleh Ahlus Sunan kecuali An-Nasa’i. Lihat: Irwa' Al-Ghalil 7/47. [Hisn al-Muslim 5]

3. Doa ketika memakai pakaian baru

(6)

اللَّهُمَّ لَكَ الْحَمْدُ أَنْتَ كَسَوْتَنِيهِ، أَسْأَلُكَ مِنْ خَيْرِهِ وَخَيْرِ مَا صُنِعَ لَهُ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّهِ وَشَرِّ مَا صُنِعَ لَهُ.

“Ya Allah, bagi-Mu segala pujian, Engkaulah yang memakaikannya padaku. Aku memohon kepada-Mu kebaikannya dan kebaikan tujuan ia dicipta dan aku memohon perlindungan dengan-Mu daripada kejahatannya dan kejahatan tujuan ia dicipta”1.

Nota kaki

1. Abu Daud, At-Tirmizi dan Al-Baghawi. Lihat: Mukhtasar Syamail At-Tirmizi susunan Al-Albani 47. [Hisn al-Muslim 6]

4. Doa apabila melihat orang memakai pakaian baru

(7)

تُبْلِي وَيُخْلِفُ اللَّهُ تَعَالَى.

“(Pakailah sehingga ianya lusuh/rosak), apabila ianya rosak, semoga Allah menggantikannya”1.

(8)

اِلْبَسْ جَدِيدًا، وَعِشْ حَمِيدًا، وَمُتْ شَهِيدًا.

“Pakailah pakaian baru dan hiduplah dalam keadaan terpuji dan matilah dalam keadaan syahid”2.

Nota kaki

1. Abu Daud 4/41. Lihat: Sahih Abu Daud 2/760. Pada bacaan ini ada doa agar pemakai pakaian baru itu Panjang umur, kerana untuk baju baru itu menjadi lusuh memerlukan kepada masa yang lama. [Hisn al-Muslim 7]

2. Ibnu Majah 2/1178, Al-Baghawi 12/41. Lihat: Sahih Ibnu Majah 2/275. [Hisn al-Muslim 8]

5. Doa ketika menanggalkan pakaian

(9)

بِسْمِ اللَّهِ.

“Dengan Nama Allah”1.

Nota kaki

1. At-Tirmizi 2/505 dan lainnya. Lihat: Irwa' Al-Ghalil No. 49, Sahih al-Jami' 3/203. [Hisn al-Muslim 9]

6. Doa ketika masuk tandas

(10)

بِسْمِ اللَّهِ، اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ الْخُبُثِ وَالْخَبَائِثِ.

“Dengan Nama Allah, Ya Allah aku berlindung dengan-Mu daripada syaitan jantan dan syaitan betina”1.

Nota kaki

1. Al-Bukhari 1/45, Muslim 1/283, tambahan "Bismillah" di awalnya diriwayatkan oleh Sa'id bin Mansur. Lihat: Fathul Bari 1/244. [Hisn al-Muslim 10]

7. Doa ketika keluar tandas

(11)

غُفْرَانَكَ.

“Aku memohon keampunan daripada-Mu”1.

Nota kaki

1. Semua pengarang As-Sunan kecuali An-Nasa’i. An-Nasa’i meriwayatkannya dalam Amal al-Yaum wa al-Lailah. Lihat: Takhrij Zadul Ma'ad 2/386. [Hisn al-Muslim 11]

8. Bacaan sebelum berwudhu'

(12)

بِسْمِ اللَّهِ.

“Dengan nama Allah”1.

Nota kaki

1. Abu Daud, Ibnu Majah, Ahmad. Lihat: Irwa' Al-Ghalil 1/122. [Hisn al-Muslim 12]

9. Bacaan selepas berwudhu'

(13)

أَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ.

“Aku mengaku bahawasanya tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah Yang Maha Esa, Yang tiada sekutu bagi-Nya dan aku mengaku bahawasanya Nabi Muhammad itu hamba-Nya dan pesuruh-Nya”1.

(14)

اللَّهُمَّ اجْعَلْنِي مِنَ التَّوَّابِينَ وَاجْعَلْنِي مِنَ الْمُتَطَهِّرِينَ.

“Ya Allah, jadikanlah aku daripada golongan orang yang bertaubat dan jadikanlah aku daripada golongan orang-orang yang bersih”2.

(15)

سُبْحَانَكَ اللَّهُمَّ وَبِحَمْدِكَ، أَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ، أَسْتَغْفِرُكَ وَأَتُوبُ إِلَيْكَ.

“Maha Suci Engkau dan segala puji bagi Engkau Ya Allah. Aku mengaku bahawasanya tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Engkau. Aku memohon keampunan-Mu dan aku bertaubat kepada-Mu”3.

Nota kaki

1. Muslim 1/209. [Hisn al-Muslim 13]

2. At-Tirmizi 1/78. Lihat: Sahih At-Tirmizi 1/18. [Hisn al-Muslim 14]

3. An-Nasa’i dalam Amal al-Yaum wa al-Lailah 173. Lihat: Irwa' Al-Ghalil 1/135, 2/94. [Hisn al-Muslim 15]

10. Doa ketika keluar rumah

(16)

بِسْمِ اللَّهِ تَوَكَّلْتُ عَلَى اللَّهِ، وَلَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ.

“Dengan nama Allah, aku bertawakkal kepada Allah, dan tiada daya serta upaya kecuali dengan (keizinan) Allah”1.

(17)

اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ أَنْ أَضِلَّ أَوْ أُضَلَّ، أَوْ أَزِلَّ أَوْ أُزَلَّ، أَوْ أَظْلِمَ أَوْ أُظْلَمَ، أَوْ أَجْهَلَ أَوْ يُجْهَلَ عَلَيَّ.

“Ya Allah, aku berlindung dengan-Mu supaya diriku tidak tersesat atau disesatkan, tidak menyeleweng atau diselewengkan, tidak menganiaya atau dianiaya, juga tidak memperbodoh atau diperbodohkan”2.

Nota kaki

1. Abu Daud 4/325, At-Tirmizi 5/490. Lihat: Sahih At-Tirmizi 3/151. [Hisn al-Muslim 16]

2. Diriwayatkan oleh pengarang-pengarang as-Sunan. Lihat: Sahih At-Tirmizi 3/152, Sahih Ibnu Majah 2/336. [Hisn al-Muslim 17]

11. Doa ketika memasuki rumah

(18)

بِسْمِ اللَّهِ وَلَجْنَا، وَبِسْمِ اللَّهِ خَرَجْنَا، وَعَلَى اللَّهِ رَبِّنَا تَوَكَّلْنَا.

“Dengan nama Allah kami masuk dan dengan nama Allah kami keluar dan kepada Allah jualah kami bertawakkal”.

Memberi salam kepada seisi ahli rumah.1

Nota kaki

1. Abu Daud dengan sanad yang sahih 4/325. Riwayat Sahih Muslim No. 2018: “Apabila seseorang masuk ke dalam rumahnya dengan menyebut nama Allah ketika masuk, juga ketika makan, maka syaitan berkata: ‘tidak ada tempat untuk bermalam dan tidak ada makan malam’”. [Hisn al-Muslim 18]

12. Doa pergi ke masjid

(19)

اللَّهُمَّ اجْعَلْ فِي قَلْبِي نُورًا، وَفِي لِسَانِي نُورًا، وَفِي سَمْعِي نُورًا، وَفِي بَصَرِي نُورًا، وَمِنْ فَوْقِي نُورًا، وَمِنْ تَحْتِي نُورًا، وَعَنْ يَمِينِي نُورًا، وَعَنْ شِمَالِي نُورًا، وَمِنْ أَمَامِي نُورًا، وَمِنْ خَلْفِي نُورًا، وَاجْعَلْ فِي نَفْسِي نُورًا، وَأَعْظِمْ لِي نُورًا، وَعَظِّمْ لِي نُورًا، وَاجْعَلْ لِي نُورًا، وَاجْعَلْنِي نُورًا، اللَّهُمَّ أَعْطِنِي نُورًا، وَاجْعَلْ فِي عَصَبِي نُورًا، وَفِي لَحْمِي نُورًا، وَفِي دَمِي نُورًا، وَفِي شَعْرِي نُورًا، وَفِي بَشَرِي نُورًا.

“Ya Allah, jadikanlah pada hatiku cahaya, pada lidahku (percakapanku) cahaya, pada pendengaranku cahaya, pada penglihatanku cahaya, sinarkanlah cahaya dari atasku, cahaya dari bawahku, cahaya dari kananku, cahaya dari kiriku, cahaya dari hadapanku dan cahaya dari belakangku. Jadikanlah dalam diriku cahaya, luaskanlah cahaya bagiku dan agungkanlah cahaya bagiku. Jadikanlah bagiku cahaya serta jadikanlah diriku cahaya. Ya Allah, berikanlah kepadaku cahaya dan jadikanlah dalam urat sarafku cahaya, dalam dagingku cahaya, dalam darahku cahaya, pada rambutku cahaya dan pada kulitku cahaya”1.

Nota kaki

1. Semuanya tersebut dalam Al-Bukhari serta Fathul Bari 11/116 No. 3616. Muslim 1/526, 529 dan 530 No. 763. [Hisn al-Muslim 19]

13. Doa ketika masuk masjid

(20)

أَعُوذُ بِاللَّهِ الْعَظِيمِ، وَبِوَجْهِهِ الْكَرِيمِ، وَسُلْطَانِهِ الْقَدِيمِ، مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ. [بِسْمِ اللَّهِ وَالصَّلَاةُ] [وَالسَّلَامُ عَلَى رَسُولِ اللَّهِ]، اللَّهُمَّ افْتَحْ لِي أَبْوَابَ رَحْمَتِكَ.

Mula dengan kaki kanan lalu membaca:

“Aku berlindung dengan Allah Yang Maha Agung dan dengan wajah-Nya Yang Mulia dan kekuasaan-Nya yang sediakala dari syaitan yang direjam. Dengan nama Allah dan selawat serta salam ke atas Rasulullah. Ya Allah bukakanlah kepadaku pintu-pintu rahmat-Mu”1.

Nota kaki

1. (a) Abu Daud. Lihat: Sahih al-Jami' No. 4591. (b) Ibnu As-Sunni No. 88 (Al-Albani: Hasan). (c) Abu Daud 1/126. Lihat: Sahih al-Jami' 1/528. (d) Muslim 1/494. [Hisn al-Muslim 20]

14. Doa ketika keluar masjid

(21)

بِسْمِ اللَّهِ وَالصَّلَاةُ وَالسَّلَامُ عَلَى رَسُولِ اللَّهِ، اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ مِنْ فَضْلِكَ، اللَّهُمَّ اعْصِمْنِي مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ.

Mula dengan kaki kiri lalu membaca:

“Dengan nama Allah dan selawat serta salam ke atas Rasulullah. Ya Allah, aku memohon kepada-Mu limpah kurniaan-Mu. Ya Allah, peliharalah daku dari syaitan yang direjam”1.

Nota kaki

1. Abu Daud 1/126. Lihat: Sahih al-Jami' 1/528. [Hisn al-Muslim 21]

15. Bacaan ketika dan selepas Azan

(22)

Sesiapa yang mendengar laungan azan hendaklah dia mengulangi kalimah yang diucapkan oleh muazzin, kecuali ketika laungan:

حَيَّ عَلَى الصَّلَاةِ حَيَّ عَلَى الْفَلَاحِ

selepas muazzin melaungkan dua ini, bacalah:

لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ

“Tiada daya dan upaya melainkan dengan pertolongan Allah”1.

(23)

Selepas muazzin melaungkan lafaz Shahadah, bacalah:

وَأَنَا أَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ وَأَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ، رَضِيتُ بِاللهِ رَبًّا، وَبِمُحَمَّدٍ رَسُولًا، وَبِالْإِسْلَامِ دِينًا.

“Dan aku bersaksi bahawa tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah Yang Maha Esa, tiada sekutu baginya. Dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad adalah hamba serta utusan-Nya. Aku redha Allah sebagai Tuhan, Nabi Muhammad sebagai rasul dan Islam sebagai agama”1.

(24)

Berselawat ke atas Rasulullah ﷺ selepas selesai menjawab lafaz azan muazzin.2

(25)

Kemudian membaca:

اللَّهُمَّ رَبَّ هَذِهِ الدَّعْوَةِ التَّامَّةِ، وَالصَّلَاةِ الْقَائِمَةِ، آتِ مُحَمَّدًا الْوَسِيلَةَ وَالْفَضِيلَةَ، وَابْعَثْهُ مَقَامًا مَحْمُودًا الَّذِي وَعَدْتَهُ، [إِنَّكَ لَا تُخْلِفُ الْمِيعَادَ].

“Ya Allah, Tuhan yang mensyariatkan seruan Azan yang sempurna dan Solat yang akan didirikan, kurniakanlah kepada Nabi Muhammad Al-Wasilah dan kelebihan, serta kurniakanlah kepadanya maqam yang terpuji yang telah Engkau janjikannya. Sesungguhnya Engkau tidak menyalahi janji”1.

(26)

Berdoalah untuk diri sendiri di antara azan dan iqamat kerana doa pada waktu itu tidak ditolak (akan diperkenankan).2

Nota kaki

1. A-Bukhari 1/152, Muslim 1/288. [Hisn al-Muslim 22-25]

2. Muslim 1/288. [Hisn al-Muslim 24]

16. Doa Istiftah (Permulaan Solat)

(27)

اللَّهُمَّ بَاعِدْ بَيْنِي وَبَيْنَ خَطَايَايَ كَمَا بَاعَدْتَ بَيْنَ الْمَشْرِقِ وَالْمَغْرِبِ، اللَّهُمَّ نَقِّنِي مِنْ خَطَايَايَ، كَمَا يُنَقَّى الثَّوْبُ الْأَبْيَضُ مِنَ الدَّنَسِ، اللَّهُمَّ اغْسِلْنِي مِنْ خَطَايَايَ بِالثَّلْجِ وَالْمَاءِ وَالْبَرَدِ.

“Ya Allah, jauhkanlah diriku dari kesalahanku sepertimana Engkau jauhkan timur dari barat. Ya Allah, sucikanlah aku daripada kesalahanku sepertimana sucinya kain yang putih daripada kekotoran. Ya Allah, bersihkanlah aku daripada kesalahanku dengan air salji, air dan hujan air batu”1.

(28)

سُبْحَانَكَ اللَّهُمَّ وَبِحَمْدِكَ، وَتَبَارَكَ اسْمُكَ، وَتَعَالَى جَدُّكَ وَلَا إِلَهَ غَيْرُكَ.

“Maha Suci Engkau Ya Allah dengan kepujian-Mu, maha berkat nama-Mu, maha tinggi kemuliaan-Mu dan tiada Tuhan yang berhak disembah selain-Mu”1.

(29)

وَجَّهْتُ وَجْهِيَ لِلَّذِي فَطَرَ السَّمَوَاتِ وَالْأَرْضَ حَنِيفًا وَمَا أَنَا مِنَ الْمُشْرِكِينَ، إِنَّ صَلَاتِي وَنُسُكِي، وَمَحْيَايَ، وَمَمَاتِي لِلهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ، لَا شَرِيكَ لَهُ وَبِذَلِكَ أُمِرْتُ وَأَنَا مِنَ الْمُسْلِمِينَ.

“Aku menghadapkan mukaku kepada Tuhan yang menciptakan langit dan bumi, dengan aku berpegang pada agama yang lurus dan aku bukan daripada golongan orang-orang musyrik. Sesungguhnya solatku, ibadatku dan hidupku serta matiku adalah untuk Allah, Tuhan sekalian alam, tiada sekutu bagi-Nya. Demikianlah aku diperintahkan dan aku termasuk daripada golongan orang muslimin.”

(30)

اللَّهُمَّ أَنْتَ الْمَلِكُ لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ، أَنْتَ رَبِّي وَأَنَا عَبْدُكَ، ظَلَمْتُ نَفْسِي وَاعْتَرَفْتُ بِذَنْبِي فَاغْفِرْ لِي ذُنُوبِي جَمِيعًا إِنَّهُ لَا يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا أَنْتَ. وَاهْدِنِي لِأَحْسَنِ الْأَخْلَاقِ لَا يَهْدِي لِأَحْسَنِهَا إِلَّا أَنْتَ، وَاصْرِفْ عَنِّي سَيِّئَهَا، لَا يَصْرِفُ عَنِّي سَيِّئَتَهَا إِلَّا أَنْتَ، لَبَّيْكَ وَسَعْدَيْكَ، وَالْخَيْرُ كُلُّهُ بِيَدَيْكَ، وَالشَّرُّ لَيْسَ إِلَيْكَ، أَنَا بِكَ وَإِلَيْكَ، تَبَارَكْتَ وَتَعَالَيْتَ، أَسْتَغْفِرُكَ وَأَتُوبُ إِلَيْكَ.

“Ya Allah, Engkaulah Yang Maha Memerintah, tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Engkau. Engkau Tuhanku dan aku hamba-Mu, aku telah menzalimi diriku dan mengakui kesalahanku, maka ampunilah semua kesalahanku. Sesungguhnya tiada yang dapat mengampuni kesalahan selain Engkau. Hidayahkanlah kepadaku akhlak yang baik, tidak ada yang boleh menunjukkanku kepadanya kecuali Engkau. Dan Hindarkan aku dari akhlak yang jahat, tidak ada yang boleh menghindarkanku daripadanya kecuali Engkau. Aku menyahut seruan-Mu dengan kegembiraan yang berganda-ganda. Seluruh kebaikan di kedua tangan-Mu, dan kejahatan tidak ada pada-Mu. Aku hidup dengan pertolongan-Mu dan untuk-Mu. Maha Suci Engkau dan Maha Tinggi, aku memohon keampunan-Mu dan aku bertaubat kepada-Mu”1.

(31)

اللَّهُمَّ رَبَّ جِبْرَائِيلَ وَمِيكَائِيلَ وَإِسْرَافِيلَ، فَاطِرَ السَّمَوَاتِ وَالْأَرْضِ، عَالِمَ الْغَيْبِ وَالشَّهَادَةِ، أَنْتَ تَحْكُمُ بَيْنَ عِبَادِكَ فِيمَا كَانُوا فِيهِ يَخْتَلِفُونَ. اهْدِنِي لِمَا اخْتُلِفَ فِيهِ مِنَ الْحَقِّ بِإِذْنِكَ إِنَّكَ تَهْدِي مَنْ تَشَاءُ إِلَى صِرَاطٍ مُسْتَقِيمٍ.

“Ya Allah, Tuhan Jibrail, Mikail dan Israfil. Pencipta langit dan bumi yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata, Engkaulah yang menghakimi di antara hamba-Mu dalam setiap perkara yang mereka berselisih padanya. Pimpinlah daku dalam menghadapi perselisihan itu ke arah kebenaran dengan keizinan-Mu. Sesungguhnya Engkau berkuasa memimpin orang yang Engkau kehendaki ke jalan yang lurus”1.

(32)

اللَّهُ أَكْبَرُ كَبِيرًا، اللَّهُ أَكْبَرُ كَبِيرًا، اللَّهُ أَكْبَرُ كَبِيرًا، وَالْحَمْدُ لِلهِ كَثِيرًا، وَالْحَمْدُ لِلهِ كَثِيرًا، وَالْحَمْدُ لِلهِ كَثِيرًا، وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيلًا، وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيلًا، وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيلًا، أَعُوذُ بِاللهِ مِنَ الشَّيْطَانِ: مِنْ نَفْخِهِ، وَنَفْثِهِ، وَهَمْزِهِ.

“Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, segala puji bagi Allah dengan pujian yang banyak, segala puji bagi Allah dengan pujian yang banyak, segala puji bagi Allah dengan pujian yang banyak, Maha suci Allah pada waktu pagi dan petang, Maha suci Allah pada waktu pagi dan petang, Maha suci Allah pada waktu pagi dan petang. Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam, godaannya, tiupannya dan bisikannya”1.

Nota kaki

1. Al-Bukhari 1/181, Muslim 1/419. [Hisn al-Muslim 27]

2. Dikeluarkan oleh Ashab As-Sunan Al-Arbaah. Lihat: Sahih At-Tirmizi 1/77, Sahih Ibnu Majah 1/135. [Hisn al-Muslim 28]

3. Muslim 1/534, no 771. [Hisn al-Muslim 29-32]

17. Doa ketika rukuk

(33)

سُبْحَانَ رَبِّيَ الْعَظِيمِ.

“Maha Suci Tuhanku Yang Maha Agung”. (tiga kali)1.

(34)

سُبْحَانَكَ اللَّهُمَّ رَبَّنَا وَبِحَمْدِكَ اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِي.

“Maha Suci Engkau Ya Allah Ya Tuhan kami dan segala puji untuk-Mu. Ya Allah, ampunilah daku”2.

(35)

سُبُّوحٌ، قُدُّوسٌ، رَبُّ الْمَلَائِكَةِ وَالرُّوحِ.

“Maha Suci Tuhan dari segala keaiban, Yang Maha Suci, Tuhan malaikat dan Roh”3.

(36)

اللَّهُمَّ لَكَ رَكَعْتُ، وَبِكَ آمَنْتُ، وَلَكَ أَسْلَمْتُ، خَشَعَ لَكَ سَمْعِي، وَبَصَرِي، وَمُخِّي، وَعَظْمِي، وَعَصَبِي، وَمَا اسْتَقَلَّ بِهِ قَدَمِي.

“Ya Allah, kepada-Mu aku rukuk dan dengan - Mu aku beriman, kepada-Mu aku berserah, telah tunduk khusyuk kepada-Mu pendengaranku, penglihatanku, Otak (akal fikiran)ku, tulang dan urat sarafku dan seluruh tubuhku yang terdiri atas kakiku”4.

(37)

سُبْحَانَ ذِي الْجَبَرُوتِ، وَالْمَلَكُوتِ، وَالْكِبْرِيَاءِ، وَالْعَظَمَةِ.

“Maha Suci Tuhan Yang memiliki segala kekuasaan dan kerajaan, kebesaran dan keagungan”5.

Nota kaki

1. Riwayat ahlu as-Sunan dan Ahmad. Lihat: Sahih At-Tirmizi 1/83. [Hisn al-Muslim 33]

2. Al-Bukhari 1/99, Muslim 1/350. [Hisn al-Muslim 34]

3. Muslim 1/353, Abu Daud 1/230. [Hisn al-Muslim 35]

4. Muslim 1/534, Riwayat Ahli As-Sunan yang empat kecuali Ibnu Majah. [Hisn al-Muslim 36]

5. Abu Daud 1/230, An-Nasa’i, Ahmad. Sanadnya: Hasan. [Hisn al-Muslim 37]

18. Doa ketika bangun dari rukuk (iktidal)

(38)

سَمِعَ اللهُ لِمَنْ حَمِدَهُ.

“Allah telah mendengar orang-orang yang memuji-Nya”1.

(39)

رَبَّنَا وَلَكَ الْحَمْدُ، حَمْدًا كَثِيرًا طَيِّبًا مُبَارَكًا فِيهِ.

“Wahai Tuhan kami, bagi Engkau segala pujian, pujian yang banyak, elok dan mengandungi keberkatan padanya”2.

(40)

مِلْءَ السَّمَوَاتِ وَمِلْءَ الْأَرْضِ وَمِلْءَ مَا بَيْنَهُمَا، وَمِلْءَ مَا شِئْتَ مِنْ شَيْءٍ بَعْدُ. أَهْلَ الثَّنَاءِ وَالْمَجْدِ، أَحَقُّ مَا قَالَ الْعَبْدُ وَكُلُّنَا لَكَ عَبْدٌ. اللَّهُمَّ لَا مَانِعَ لِمَا أَعْطَيْتَ، وَلَا مُعْطِيَ لِمَا مَنَعْتَ، وَلَا يَنْفَعُ ذَا الْجَدِّ مِنْكَ الْجَدُّ.

“(Aku memuji-Mu dengan pujian) sepenuh langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya. Juga sepenuh yang Engkau kehendaki dari sesuatu selepas itu. Tuhan yang berhak dipuji dan Yang Maha Mulia. Inilah kata-kata yang selayaknya diucapkan oleh seorang hamba dan kami semua bagi Engkau adalah hamba. Ya Allah, tiada yang dapat menghalangi sesuatu yang telah Engkau berikan dan tiada yang mampu memberi sesuatu yang telah Engkau halangi serta tidak bermanfaat orang yang mempunyai kelebihan (harta, keturunan, kekuasaan) dengan kelebihannya itu daripada kekuasaan Engkau”3.

Nota kaki

1. Al-Bukhari serta Fathul Bari 2/282. [Hisn al-Muslim 38]

2. Al-Bukhari serta Fathul Bari 2/284. [Hisn al-Muslim 39]

3. Muslim 1/346. [Hisn al-Muslim 40]

19. Doa ketika sujud

(41)

سُبْحَانَ رَبِّيَ الْأَعْلَى.

“Maha Suci Tuhanku Yang Maha Tinggi”. (Tiga kali)1.

(42)

سُبْحَانَكَ اللَّهُمَّ رَبَّنَا وَبِحَمْدِكَ اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِي.

“Maha Suci Engkau Ya Allah, Ya Tuhan kami dan segala pujian bagi-Mu. Ya Allah, ampunilah aku”2.

(43)

سُبُّوحٌ، قُدُّوسٌ، رَبُّ الْمَلَائِكَةِ وَالرُّوحِ.

“Maha Suci Tuhan daripada segala keaiban, Yang Maha Suci, Tuhan malaikat dan roh”3.

(44)

اللَّهُمَّ لَكَ سَجَدْتُ وَبِكَ آمَنْتُ، وَلَكَ أَسْلَمْتُ، سَجَدَ وَجْهِيَ لِلَّذِي خَلَقَهُ، وَصَوَّرَهُ، وَشَقَّ سَمْعَهُ وَبَصَرَهُ، تَبَارَكَ اللهُ أَحْسَنُ الْخَالِقِينَ.

“Ya Allah, kepada-Mu aku sujud, kepada-Mu aku beriman dan kepada-Mu aku berserah. Aku sujudkan wajahku ini kepada Yang menciptanya dan membentuk rupanya serta membuka pendengarannya dan penglihatannya. Maha Suci Allah sebaik-baik Pencipta”4.

(45)

سُبْحَانَ ذِي الْجَبَرُوتِ، وَالْمَلَكُوتِ، وَالْكِبْرِيَاءِ، وَالْعَظَمَةِ.

“Maha Suci Tuhan Yang memiliki segala kekuasaan dan kerajaan, kebesaran dan keagungan”5.

(46)

اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِي ذَنْبِي كُلَّهُ، دِقَّهُ وَجِلَّهُ، وَأَوَّلَهُ وَآخِرَهُ وَعَلَانِيَتَهُ وَسِرَّهُ.

“Ya Allah, ampunilah dosaku seluruhnya, yang kecil dan yang besar, yang awal dan yang akhir, yang nyata dan yang terselindung”6.

(47)

اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِرِضَاكَ مِنْ سَخَطِكَ، وَمُعَافَاتِكَ مِنْ عُقُوبَتِكَ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْكَ، لَا أُحْصِي ثَنَاءً عَلَيْكَ أَنْتَ كَمَا أَثْنَيْتَ عَلَى نَفْسِكَ.

“Ya Allah, aku berlindung dengan keredhaan- Mu dari kemurkaan-Mu, dengan keampunan- Mu dari hukuman-Mu dan aku berlindung dengan-Mu daripada kemurkaan-Mu. Aku tidak dapat memuji Engkau dengan pujian yang selayaknya sepertimana Engkau memuji ke atas diri Engkau sendiri”7.

Nota kaki

1. Ahlu as-Sunan dan Ahmad. Lihat: Sahih At-Tirmizi 1/83. [Hisn al-Muslim 41]

2. Al-Bukhari dan Muslim, Lihat No. 34. [Hisn al-Muslim 42]

3. Muslim 1/533, Lihat No. 35. [Hisn al-Muslim 43]

4. Muslim 1/534 dan lain. [Hisn al-Muslim 44]

5. Abu Daud 1/230, Ahmad, An-Nasa’i, Sahih Abu Daud 1/350. [Hisn al-Muslim 45]

6. Muslim 1/350. [Hisn al-Muslim 46]

7. Muslim 1/352. [Hisn al-Muslim 47]

20. Doa ketika duduk antara dua sujud

(48)

رَبِّ اغْفِرْ لِي، رَبِّ اغْفِرْ لِي.

“Ya Tuhanku, ampunilah aku, ampunilah aku”1.

(49)

اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِي، وَارْحَمْنِي، وَاهْدِنِي، وَاجْبُرْنِي، وَعَافِنِي، وَارْزُقْنِي، وَارْفَعْنِي.

“Ya Allah, ampunilah aku, rahmatilah aku, kurniakanlah hidayah kepadaku, tampungilah kekuranganku, selamatkanlah aku, kurniakanlah rezeki kepadaku dan angkatlah darjatku”2.

Nota kaki

1. Abu Daud 1/231. Lihat: Sahih Ibnu Majah 1/148. [Hisn al-Muslim 48]

2. Riwayat Ashab As-Sunan kecuali An-Nasa’i. Lihat: Sahih At-Tirmizi 1/90, Sahih Ibnu Majah 1/148. [Hisn al-Muslim 49]

21. Doa sujud tilawah

(50)

سَجَدَ وَجْهِيَ لِلَّذِي خَلَقَهُ، وَشَقَّ سَمْعَهُ وَبَصَرَهُ، بِحَوْلِهِ وَقُوَّتِهِ، فَتَبَارَكَ اللَّهُ أَحْسَنُ الْخَالِقِينَ.

“Aku sujudkan wajahku ini kepada yang menciptanya dan yang membuka pendengaran serta penglihatannya dengan kekuasaan dan kekuatan-Nya. Maha Suci Allah sebaik-baik Pencipta”1.

(51)

اللَّهُمَّ اكْتُبْ لِي بِهَا عِنْدَكَ أَجْرًا، وَضَعْ عَنِّي بِهَا وِزْرًا، وَاجْعَلْهَا لِي عِنْدَكَ ذُخْرًا، وَتَقَبَّلْهَا مِنِّي كَمَا تَقَبَّلْتَهَا مِنْ عَبْدِكَ دَاوُدَ.

“Ya Allah, tuliskan bagiku di sisi Engkau pahala dengannya (membaca Al-Quran dan sujud tilawah), hapuskanlah dengannya dosaku, jadikanlah ia sebagai simpanan bagiku disisi-Mu dan Engkau terimalah ia daripadaku seperti Engkau menerimanya daripada hamba- Mu Daud”2.

Nota kaki

1. At-Tirmizi 2/474, Ahmad 6/30, Al-Hakim menilainya sebagai sahih dan disokong oleh Az-Zahabi 1/220, tambahan (فَتَبَارَكَ اللهُ أَحْسَنُ الْخَالِقِين) daripada riwayat Al-Hakim. [Hisn al-Muslim 50]

2. At-Tirmizi 2/473, Al-Hakim dengan menilainya sebagai Sahih dan disokong oleh Az-Zahabi 1/219. [Hisn al-Muslim 51]

22. Tasyahhud (Tahiyyat)

(52)

التَّحِيَّاتُ لِلَّهِ، وَالصَّلَوَاتُ، وَالطَّيِّبَاتُ، السَّلَامُ عَلَيْكَ أَيُّهَا النَّبِيُّ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ، السَّلَامُ عَلَيْنَا وَعَلَى عِبَادِ اللَّهِ الصَّالِحِينَ. أَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ.

“Segala penghormatan adalah milik Allah. Begitu juga kesejahteraan dan kebaikan. Selawat dan salam ke atas engkau wahai Nabi serta rahmat Allah dan berkat-Nya keatasmu. Salam sejahtera ke atas kami dan sekalian hamba Allah yang soleh. Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan aku bersaksi bahawa Muhammad itu hamba-Nya dan utusan-Nya”1.

Nota kaki

1. Al-Bukhari serta Fathul Bari 1/311, Muslim 1/301. [Hisn al-Muslim 52]

23. Selawat ke atas Nabi selepas membaca tasyahud

(53)

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ، إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ، اللَّهُمَّ بَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ، إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ.

“Ya Allah, kurniakanlah selawat (pujian dan kesejahteraan) ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarga Baginda seperti yang Engkau kurniakan kepada Nabi Ibrahim dan keluarganya. Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Terpuji lagi Maha Mulia. Ya Allah, berkatilah Nabi Muhammad dan keluarga Baginda sepertimana Engkau memberkati Nabi Ibrahim dan keluarganya. Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Terpuji lagi Maha Mulia”1.

(54)

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى أَزْوَاجِهِ وَذُرِّيَّتِهِ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ. وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى أَزْوَاجِهِ وَذُرِّيَّتِهِ، كَمَا بَارَكْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ، إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ.

“Ya Allah, kurniakanlah selawat (pujian dan kesejahteraan) ke atas Nabi Muhammad, isteri- isterinya dan keturunannya sepertimana yang Engkau telah kurniakan kepada keluarga Nabi Ibrahim. Dan berkatilah Nabi Muhammad, isteri-isterinya dan keturunannya sepertimana Engkau memberkati keluarga Nabi Ibrahim. Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Terpuji lagi Maha Mulia”2.

Nota kaki

1. Al-Bukhari serta Fathul Bari 6/408. [Hisn al-Muslim 53]

2. Al-Bukhari serta Fathul Bari 6/407, Muslim 1/306, lafaz selawat ini dari riwayat Muslim. [Hisn al-Muslim 54]

24. Doa selepas membaca tasyahud akhir sebelum Salam

(55)

اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ، وَمِنْ عَذَابِ جَهَنَّمَ، وَمِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَالْمَمَاتِ، وَمِنْ شَرِّ فِتْنَةِ الْمَسِيحِ الدَّجَّالِ.

“Ya Allah, aku berlindung dengan-Mu daripada azab kubur, aku berlindung dengan- Mu daripada azab neraka jahannam, aku berlindung dengan-Mu daripada fitnah (ujian) kehidupan dan kematian dan aku berlindung dengan-Mu daripada fitnah Al-Masih Dajjal”1.

(56)

اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ فِتْنَةِ الْمَسِيحِ الدَّجَّالِ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَالْمَمَاتِ. اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ الْمَأْثَمِ وَالْمَغْرَمِ.

“Ya Allah, aku berlindung dengan-Mu daripada azab kubur, aku berlindung dengan- Mu daripada fitnah Al-Masih Dajjal dan aku berlindung dengan-Mu daripada fitnah kehidupan dan kematian. Ya Allah, aku berlindung dengan-Mu daripada dosa dan hutang”2.

(57)

اللَّهُمَّ إِنِّي ظَلَمْتُ نَفْسِي ظُلْمًا كَثِيرًا، وَلَا يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا أَنْتَ، فَاغْفِرْ لِي مَغْفِرَةً مِنْ عِنْدِكَ وَارْحَمْنِي، إِنَّكَ أَنْتَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ.

“Ya Allah, aku telah banyak menzalimi diriku dan tidak ada yang berhak untuk mengampunkan dosa kecuali Engkau. Ampunilah aku dengan keampunan daripada- Mu dan kasihanilah aku. Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani”3.

(58)

اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِي مَا قَدَّمْتُ، وَمَا أَخَّرْتُ، وَمَا أَسْرَرْتُ، وَمَا أَعْلَنْتُ، وَمَا أَسْرَفْتُ، وَمَا أَنْتَ أَعْلَمُ بِهِ مِنِّي. أَنْتَ الْمُقَدِّمُ، وَأَنْتَ الْمُؤَخِّرُ لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ.

“Ya Allah, ampunkanlah dosaku yang terdahulu dan yang terkemudian, yang aku sembunyikan dan aku zahirkan, yang aku terlanjur dan yang Engkau lebih mengetahui mengenainya dariku. Engkaulah yang mendahulukan dan Engkaulah yang melewatkan. Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Engkau”4.

(59)

اللَّهُمَّ أَعِنِّي عَلَى ذِكْرِكَ، وَشُكْرِكَ، وَحُسْنِ عِبَادَتِكَ.

“Ya Allah, bantulah aku dalam mengingati- Mu dan bersyukur kepada-Mu serta melakukan ibadat yang terbaik kepada-Mu”5.

(60)

اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ الْبُخْلِ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنَ الْجُبْنِ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ أَنْ أُرَدَّ إِلَى أَرْذَلِ الْعُمُرِ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ فِتْنَةِ الدُّنْيَا وَعَذَابِ الْقَبْرِ.

“Ya Allah, aku berlindung dengan-Mu daripada sifat bakhil, aku berlindung dengan- Mu daripada menjadi pengecut, aku berlindung dengan-Mu daripada dikembalikan dalam keadaan amat tua (nyanyuk), aku berlindung dengan-Mu daripada fitnah dunia dan aku berlindung dengan-Mu daripada azab kubur”6.

(61)

اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ الْجَنَّةَ وَأَعُوذُ بِكَ مِنَ النَّارِ.

“Ya Allah, aku memohon daripada-Mu syurga dan aku berlindung dengan-Mu daripada neraka”7.

(62)

اللَّهُمَّ بِعِلْمِكَ الْغَيْبَ وَقُدْرَتِكَ عَلَى الْخَلْقِ أَحْيِنِي مَا عَلِمْتَ الْحَيَاةَ خَيْرًا لِي وَتَوَفَّنِي إِذَا عَلِمْتَ الْوَفَاةَ خَيْرًا لِي، اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ خَشْيَتَكَ فِي الْغَيْبِ وَالشَّهَادَةِ، وَأَسْأَلُكَ كَلِمَةَ الْحَقِّ فِي الرِّضَا وَالْغَضَبِ، وَأَسْأَلُكَ الْقَصْدَ فِي الْغِنَى وَالْفَقْرِ، وَأَسْأَلُكَ نَعِيمًا لَا يَنْفَدُ، وَأَسْأَلُكَ قُرَّةَ عَيْنٍ لَا تَنْقَطِعُ، وَأَسْأَلُكَ الرِّضَا بَعْدَ الْقَضَاءِ، وَأَسْأَلُكَ بَرْدَ الْعَيْشِ بَعْدَ الْمَوْتِ، وَأَسْأَلُكَ لَذَّةَ النَّظَرِ إِلَى وَجْهِكَ وَالشَّوْقَ إِلَى لِقَائِكَ فِي غَيْرِ ضَرَّاءَ مُضِرَّةٍ وَلَا فِتْنَةٍ مُضِلَّةٍ. اللَّهُمَّ زَيِّنَّا بِزِينَةِ الْإِيمَانِ وَاجْعَلْنَا هُدَاةً مُهْتَدِينَ.

“Ya Allah, dengan pengetahuan Engkau terhadap perkara yang ghaib dan kekuasaan Engkau ke atas makhluk, hidupkanlah aku sekiranya Engkau mengetahui hidup itu lebih baik bagiku dan matikanlah aku sekiranya Engkau mengetahui mati itu lebih baik bagiku. Ya Allah, daripada-Mu aku memohon sifat takut akan Engkau sama ada dalam keadaan sembunyi atau nyata. Aku memohon untuk mampu berkata benar baik ketika redha atau marah, aku memohon kepada-Mu kesederhanaan semasa senang atau susah, aku memohon kepada-Mu nikmat yang tidak berkurangan, aku memohon kepada-Mu zuriat yang sejuk dipandang mata dan tidak akan putus, aku memohon kepada-Mu keredhaan selepas ditakdirkan (terjadi sesuatu), aku memohon kepada-Mu kehidupan yang baik selepas mati, aku memohon kepada-Mu kelazatan melihat wajah-Mu, kerinduan untuk bertemu dengan-Mu tanpa kesusahan yang memudharatkan dan fitnah (ujian) yang menyesatkan. Ya Allah, hiasilah kami dengan perhiasan iman dan jadikanlah kami orang yang memimpin kepada kebenaran dan orang yang mengikut kebenaran”8.

(63)

اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ يَا اللَّهُ بِأَنَّكَ الْوَاحِدُ الْأَحَدُ الصَّمَدُ الَّذِي لَمْ يَلِدْ وَلَمْ يُولَدْ وَلَمْ يَكُنْ لَهُ كُفُوًا أَحَدٌ، أَنْ تَغْفِرَ لِي ذُنُوبِي إِنَّكَ أَنْتَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ.

“Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepada-Mu dengan sifat Engkau yang Maha Esa, yang bergantung pada-Nya setiap sesuatu, yang tidak beranak dan tidak diperanakkan serta tidak ada sesuatu pun yang setara dengan- Mu, agar Engkau mengampuni dosa-dosaku. Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani”9.

(64)

اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ بِأَنَّ لَكَ الْحَمْدَ لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ وَحْدَكَ لَا شَرِيكَ لَكَ، الْمَنَّانُ، يَا بَدِيعَ السَّمَوَاتِ وَالْأَرْضِ يَا ذَا الْجَلَالِ وَالْإِكْرَامِ، يَا حَيُّ يَا قَيُّومُ، إِنِّي أَسْأَلُكَ الْجَنَّةَ وَأَعُوذُ بِكَ مِنَ النَّارِ.

“Ya Allah, kepada-Mu aku memohon, sesungguhnya bagi Engkaulah segala pujian, tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Engkau, Engkau Yang Esa tiada sekutu bagi Engkau, Yang Mengurniakan anugerah, Yang Mengadakan langit dan bumi, Yang Mempunyai Kebesaran dan Kemulian. Wahai Tuhan Yang Tetap Hidup, Yang Kekal Mentadbir selama-lamanya, aku memohon kepada-Mu syurga dan aku berlindung dengan- Mu daripada neraka”10.

(65)

اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ بِأَنِّي أَشْهَدُ أَنَّكَ أَنْتَ اللَّهُ لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ الْأَحَدُ الصَّمَدُ الَّذِي لَمْ يَلِدْ وَلَمْ يُولَدْ وَلَمْ يَكُنْ لَهُ كُفُوًا أَحَدٌ.

“Ya Allah, kepada-Mu aku memohon, sesungguhnya aku telah bersaksi bahawa Engkaulah Allah, tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Engkau yang Esa, yang bergantung pada-Nya setiap sesuatu, Yang tidak beranak dan tidak pula diperanakkan dan tidak ada seorang pun yang setara dengan-Nya”11.

Nota kaki

1. Al-Bukhari 2/102, Muslim 1/412, lafaz doa ini dari Muslim. [Hisn al-Muslim 55]

2. Al-Bukhari 1/202, Muslim 1/412. [Hisn al-Muslim 56]

3. Al-Bukhari 8/168, Muslim 4/2078. [Hisn al-Muslim 57]

4. Muslim 1/534. [Hisn al-Muslim 58]

5. Abu Daud 2/86, An-Nasa’i 3/53, Sahih Abu Daud 1/284. [Hisn al-Muslim 59]

6. Al-Bukhari serta Fathul Bari 6/35, no 2822 dan no 6390. [Hisn al-Muslim 60]

7. Abu Daud dan Ibnu Majah. Lihat: Sahih Ibnu Majah 2/328. [Hisn al-Muslim 61]

8. An-Nasa’i 3/54-55, Ahmad 4/364. Sahih An-Nasa’i 1/281. [Hisn al-Muslim 62]

9. An-Nasa’i 3/52 dengan lafaznya, Ahmad 4/338. Sahih An-Nasa’i 1/280. [Hisn al-Muslim 63]

10. Riwayat Ahl As-Sunan. Lihat: Sahih Ibnu Majah 2/329. [Hisn al-Muslim 64]

11. Abu Daud 2/62, At-Tirmizi 5/515, Ibnu Majah 2/1267, Ahmad 5/360. lihat: Sahih Ibnu Majah 2/329, Sahih At-Tirmizi 3/163. [Hisn al-Muslim 65]

25. Zikir selepas solat

(66)

أَسْتَغْفِرُ اللَّهَ.

Kemudian baca:

اللَّهُمَّ أَنْتَ السَّلَامُ، وَمِنْكَ السَّلَامُ، تَبَارَكْتَ يَا ذَا الْجَلَالِ وَالْإِكْرَامِ.

“Aku memohon keampunan - Mu Ya Allah”. (tiga kali) “Ya Allah, Engkau sejahtera daripada segala keaiban, daripada Engkaulah (datangnya) kesejahteraan, bertambah-tambah berkat-Mu ya Allah, Tuhan Yang mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan”1.

(67)

لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ، اللَّهُمَّ لَا مَانِعَ لِمَا أَعْطَيْتَ، وَلَا مُعْطِيَ لِمَا مَنَعْتَ، وَلَا يَنْفَعُ ذَا الْجَدِّ مِنْكَ الْجَدُّ.

“Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah Yang Esa, tiada sekutu bagi- Nya, bagi-Nya segala kekuasaan dan segala pujian dan Dia berkuasa ke atas setiap sesuatu. Ya Allah, tiada yang dapat menghalang sesuatu yang telah Engkau berikan dan tiada yang mampu memberi sesuatu yang telah Engkau halangi, serta tidak bermanfaat orang yang mempunyai kelebihan (harta, keturunan, kekuasaan) dengan kelebihannya itu daripada kekuasaan Engkau”2.

(68)

لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ، وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ. لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ، لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ، وَلَا نَعْبُدُ إِلَّا إِيَّاهُ، لَهُ النِّعْمَةُ وَلَهُ الْفَضْلُ وَلَهُ الثَّنَاءُ الْحَسَنُ، لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ مُخْلِصِينَ لَهُ الدِّينَ وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُونَ.

“Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah Yang Esa, tiada sekutu bagi-Nya, bagi-Nya segala kekuasaan dan bagi-Nya segala pujian dan Dia berkuasa di atas setiap sesuatu. Tiada daya dan upaya kecuali dengan pertolongan Allah, tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan kami tidak menyembah kecuali kepada-Nya. Milik-Nya segala nikmat, bagi-Nya segala kelebihan dan bagi-Nya pujian yang elok. Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah, kami mengikhlaskan ibadah hanya kepada- Nya walaupun dibenci oleh orang-orang kafir”3.

(69)

سُبْحَانَ اللَّهِ، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ، وَاللَّهُ أَكْبَرُ.

Dibaca 33 kali setiap satu, kemudian baca:

لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ.

“Maha Suci Allah, segala puji bagi Allah dan Allah Maha Besar”. (dibaca 33 kali setiap satu, kemudian baca:) “Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah Yang Esa, tiada sekutu bagi- Nya, bagi-Nya kekuasaan dan pujian dan Dia berkuasa ke atas setiap sesuatu”4.

(70)

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ﴿ قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ ١ اللَّهُ الصَّمَدُ ٢ لَمْ يَلِدْ وَلَمْ يُولَدْ ٣ وَلَمْ يَكُنْ لَهُ كُفُوًا أَحَدٌ ٤﴾

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ﴿ قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ الْفَلَقِ ١ مِنْ شَرِّ مَا خَلَقَ ٢ وَمِنْ شَرِّ غَاسِقٍ إِذَا وَقَبَ ٣ وَمِنْ شَرِّ النَّفَّاثَاتِ فِي الْعُقَدِ ٤ وَمِنْ شَرِّ حَاسِدٍ إِذَا حَسَدَ ٥﴾

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ﴿ قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ النَّاسِ ١ مَلِكِ النَّاسِ ٢ إِلَهِ النَّاسِ ٣ مِنْ شَرِّ الْوَسْوَاسِ الْخَنَّاسِ ٤ الَّذِي يُوَسْوِسُ فِي صُدُورِ النَّاسِ ٥ مِنَ الْجِنَّةِ وَالنَّاسِ ٦﴾

“Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Katakanlah (wahai Muhammad): (Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa (1). Allah yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat (2). Dia tidak beranak dan Dia pula tidak diperanakkan (3). dan tidak ada seseorang pun yang serupa dengan-Nya (4)”. “Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Katakanlah (wahai Muhammad): Aku berlindung dengan (Allah) Tuhan yang menguasai waktu subuh (1), daripada kejahatan sekalian makhluk (2), dan daripada kejahatan malam apabila ia gelap-gelita (3), dan daripada kejahatan tukang-tukang sihir yang menghembus pada simpulan-simpulan dan ikatan-ikatan (4), serta dari kejahatan orang yang dengki apabila dia bertindak (menurut) hasad dengkinya (5)”. “Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Katakanlah (wahai Muhammad): Aku berlindung dengan (Allah) Tuhan (yang memelihara dan menguasai) sekalian manusia (1). Yang Memerintah sekalian manusia (2). Tuhan yang berhak disembah oleh sekalian manusia (3). Dari kejahatan (bisikan) syaitan yang biasa bersembunyi (4). Yang membisikkan (kejahatan) ke dalam hati manusia (5). (Iaitu pembisik dan penghasut) dari kalangan jin dan manusia (6)”. 3 surah ini dibaca setiap kali lepas solat5.

(71)

اللَّهُ لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّومُ ۚ لَا تَأْخُذُهُ سِنَةٌ وَلَا نَوْمٌ ۚ لَهُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الْأَرْضِ ۗ مَنْ ذَا الَّذِي يَشْفَعُ عِنْدَهُ إِلَّا بِإِذْنِهِ ۚ يَعْلَمُ مَا بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَمَا خَلْفَهُمْ ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَيْءٍ مِنْ عِلْمِهِ إِلَّا بِمَا شَاءَ ۚ وَسِعَ كُرْسِيُّهُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ ۖ وَلَا يَئُودُهُ حِفْظُهُمَا ۚ وَهُوَ الْعَلِيُّ الْعَظِيمُ ٢٥٥

“Allah, tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhluk-Nya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisi-Nya melainkan dengan izin-Nya, Yang Mengetahui segala yang ada di hadapan mereka dan segala yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun daripada (kandungan) ilmu Allah melainkan perkara yang Allah berkehendak (untuk memberitahu kepada mereka). Luasnya Kursi Allah meliputi langit dan bumi, dan tiadalah menjadi keberatan bagi Allah untuk menjaga serta memelihara kedua-duanya (langit dan bumi) dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaan-Nya), lagi Maha Besar (kekuasaan-Nya)”6. Dibaca setiap kali selepas solat7.

(72)

لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ يُحْيِي وَيُمِيتُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ.

Dibaca sepuluh kali selepas solat maghrib dan subuh.

“Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah Yang Esa, Yang tiada sekutu bagi-Nya, Baginya segala kekuasaan dan pujian, Dialah yang menghidupkan dan mematikan dan Dia berkuasa ke atas setiap sesuatu”8.

(73)

اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ عِلْمًا نَافِعًا، وَرِزْقًا طَيِّبًا، وَعَمَلًا مُتَقَبَّلًا.

Dibaca selepas salam pada solat subuh.

“Ya Allah, aku memohon daripada-Mu ilmu yang bermanfaat, rezeki yang baik dan amalan yang diterima”9.

Nota kaki

1. Muslim 1/414. [Hisn al-Muslim 66]

2. Al-Bukhari 1/255, Muslim 1/414. [Hisn al-Muslim 67]

3. Muslim 1/415. [Hisn al-Muslim 68]

4. “Siapa yang membacanya selepas solat diampunkan dosanya walaupun sebanyak buih di laut”. Sahih Muslim 1/418. [Hisn al-Muslim 69]

5. Abu Daud 2/86, An-Nasa’i 3/68. Lihat: Sahih At-Tirmizi 2/8. Tiga surah ini dikenali dengan 'Al-Mu'awwizat'. Fathul Bari 9/62. [Hisn al-Muslim 70]

6. Surah Al-Baqarah, ayat 255. [Hisn al-Muslim 71]

7. “Sesiapa yang membacanya setiap kali selepas solat, tidak ada yang menahannya dari memasuki syurga kecuali kematian.” Riwayat An-Nasa’i dalam Amal Al-Yaum wa Al-Lailah No. 100, Ibnu As-Sunni No. 121. Lihat: Sahih Al-Jami' 5/339, Silsilah Al-Ahadis As-Sahihah 2/697 No. 972. [Hisn al-Muslim 71]

8. At-Tirmizi 5/515, Ahmad 4/227. Lihat takhrijnya dalam Zadul Ma’ad 1/300. [Hisn al-Muslim 72]

9. Ibnu Majah dan lainnya. Lihat: Sahih Ibnu Majah 1/152, Majma’ az-Zawaid 10/111. [Hisn al-Muslim 73]

26. Doa Solat Istikharah

(74)

Kata Jabir bin Abdullah: “Rasulullah ﷺ mengajar agar kami beristikharah dalam semua pekerjaan sepertimana baginda mengajarkan kami satu surah dari Al-Quran, sabdanya: “Apabila seseorang daripada kamu mempunyai rancangan untuk melakukan sesuatu hendaklah dia melakukan solat sunat dua rakaat, kemudian bacalah doa ini:

اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْتَخِيرُكَ بِعِلْمِكَ، وَأَسْتَقْدِرُكَ بِقُدْرَتِكَ، وَأَسْأَلُكَ مِنْ فَضْلِكَ الْعَظِيمِ، فَإِنَّكَ تَقْدِرُ وَلَا أَقْدِرُ، وَتَعْلَمُ وَلَا أَعْلَمُ، وَأَنْتَ عَلَّامُ الْغُيُوبِ، اللَّهُمَّ إِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ أَنَّ هَذَا الْأَمْرَ: (sebutkan hajatnya...) خَيْرٌ لِي فِي دِينِي وَمَعَاشِي وَعَاقِبَةِ أَمْرِي (عَاجِلِ أَمْرِي وَآجِلِهِ)، فَاقْدُرْهُ لِي وَيَسِّرْهُ لِي ثُمَّ بَارِكْ لِي فِيهِ، وَإِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ أَنَّ هَذَا الْأَمْرَ شَرٌّ لِي فِي دِينِي وَمَعَاشِي وَعَاقِبَةِ أَمْرِي (عَاجِلِ أَمْرِي وَآجِلِهِ) فَاصْرِفْهُ عَنِّي وَاصْرِفْنِي عَنْهُ وَاقْدُرْ لِي الْخَيْرَ حَيْثُ كَانَ ثُمَّ أَرْضِنِي بِهِ.

“Ya Allah, aku memohon petunjuk daripada-Mu dengan ilmu-Mu dan aku memohon kekuatan daripada-Mu dengan kekuasaan-Mu dan aku memohon daripada-Mu akan limpah kurniaan-Mu yang besar. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa sedangkan aku tiada kuasa, dan Engkau Maha Mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui, dan engkaulah Yang Maha Mengetahui segala perkara yang ghaib. Ya Allah, seandainya Engkau mengetahui bahawasanya urusan ini (sebutkan urusan tersebut…) adalah baik bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, takdirkanlah ia bagiku dan permudahkanlah serta kurniakanlah keberkatan padanya bagiku. Dan seandainya Engkau mengetahui bahawa urusan ini (sebutkan urusan tersebut...) adalah buruk bagiku dan (mendatangkan keburukan) pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, maka jauhkanlah ia daripadaku dan jauhkanlah aku daripadanya. Dan takdirkanlah kebaikan untukku dalam sebarang keadaan sekalipun kemudian jadikan aku redha dengannya”1.

Nota kaki

1. Al-Bukhari 7/162. [Hisn al-Muslim 74]

27. Zikir pagi dan petang

(75)

الْحَمْدُ لِلَّهِ وَحْدَهُ، وَالصَّلَاةُ وَالسَّلَامُ عَلَى مَنْ لَا نَبِيَّ بَعْدَهُ.

Segala puji bagi Allah, Tuhan Yang Esa dan selawat serta salam ke atas Nabi yang tidak ada lagi nabi selepasnya1.

(76)

Membaca 3 Qul:

قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ . . . (3X)
قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ الْفَلَقِ . . . (3X)
قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ النَّاسِ . . . (3X)

3 surah ini dibaca setiap kali pada waktu pagi dan petang.2

(77)

أَصْبَحْنَا وَأَصْبَحَ (أَمْسَيْنَا وَأَمْسَى) الْمُلْكُ لِلَّهِ، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ، لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ، رَبِّ أَسْأَلُكَ خَيْرَ مَا فِي هَذَا الْيَوْمِ وَخَيْرَ مَا بَعْدَهُ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا فِي هَذَا الْيَوْمِ وَشَرِّ مَا بَعْدَهُ، رَبِّ أَعُوذُ بِكَ مِنَ الْكَسَلِ، وَسُوءِ الْكِبَرِ، رَبِّ أَعُوذُ بِكَ مِنْ عَذَابٍ فِي النَّارِ وَعَذَابٍ فِي الْقَبْرِ.

“Kami hayati pagi (petang) kami dan pagi (petang) yang penuh Kekuasaan bagi Allah dan segala kepujian bagi Allah, tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah Yang Esa, Yang tiada sekutu bagi-Nya, baginya segala kekuasaan dan baginya segala pujian dan Dia berkuasa di atas setiap sesuatu. Ya Tuhanku, Aku memohon kepada-Mu kebaikan yang terdapat pada hari (malam) ini dan kebaikan yang terdapat selepasnya dan aku berlindung dengan-Mu daripada kejahatan yang terdapat pada hari (malam) ini dan kejahatan yang berlaku selepasnya. Ya Tuhanku, aku berlindung dengan-Mu daripada sifat malas dan usia yang terlalu tua (yang datang dengan pelbagai keburukan). Ya Tuhanku, aku berlindung dengan-Mu daripada azab neraka dan azab kubur”3.

(78)

اللَّهُمَّ بِكَ أَصْبَحْنَا، وَبِكَ أَمْسَيْنَا، وَبِكَ نَحْيَا، وَبِكَ نَمُوتُ، وَإِلَيْكَ النُّشُورُ.

“Ya Allah, dengan-Mu kami hayati waktu pagi (petang) kami, dengan-Mu kami hayati waktu petang (pagi) kami, dengan-Mu kami hidup, dengan-Mu kami mati dan kepada-Mu kami akan kembali”4.

Nota kaki

1. Dari Anas: sabda Nabi ﷺ yang bermaksud: “Kalau aku duduk bersama kaum yang menyebut nama Allah Ta’ala selepas solat subuh hingga naik matahari lebih aku suka dari memerdekakan empat orang dari keturunan Nabi Ismail dan kalau aku duduk bersama kaum yang menyebut nama Allah Ta’ala selepas solat asar hingga terbenam matahari lebih aku sukai daripada memerdekakan empat orang”. Abu Daud No. 3667. Al-Albani, Sahih Abu Daud 2/698: Hasan. [Hisn al-Muslim 75a]

2. Sila lihat terjemahannya pada doa yang ke-70. “Sesiapa yang membacanya 3 Qul sebanyak tiga kali pada waktu pagi dan waktu petang cukup baginya (sebagai pelindung) dari semua perkara”. Abu Daud 4/322, At-Tirmizi 5/567. Lihat: Sahih At-Tirmizi 3/182. [Hisn al-Muslim 75]

3. Muslim 4/2088. [Hisn al-Muslim 77]

4. At-Tirmizi 5/466. Lihat: Sahih At-Tirmizi 3/142. [Hisn al-Muslim 78]

28. Bacaan sebelum dan selepas tidur

(99)

“Apabila Rasulullah ﷺ hendak tidur di tempat tidurnya pada waktu malam, baginda menyatukan kedua-dua tapak tangannya dan meniup kedua-duanya lalu membaca:

قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ . . .
قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ الْفَلَقِ . . .
قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ النَّاسِ . . .

Kemudian, baginda menyapu dengan kedua-duanya bahagian tubuh yang mampu dicapai oleh baginda. Baginda memulakannya dari kepala, kemudian muka dan seterusnya bahagian hadapan tubuh. Baginda melakukannya sebanyak tiga kali”1.

(100)

Ayat kursi2.

اللَّهُ لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّومُ . . .

(101)

آمَنَ الرَّسُولُ بِمَا أُنْزِلَ إِلَيْهِ مِنْ رَبِّهِ وَالْمَوْمِنُونَ كُلٌّ آمَنَ بِاللَّهِ وَمَلَائِكَتِهِ وَكُتُبِهِ وَرُسُلِهِ لَا نُفَرِّقُ بَيْنَ أَحَدٍ مِنْ رُسُلِهِ وَقَالُوا سَمِعْنَا وَأَطَعْنَا غُفْرَانَكَ رَبَّنَا وَإِلَيْكَ الْمَصِيرُ . لَا يُكَلِّفُ اللَّهُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا لَهَا مَا كَسَبَتْ وَعَلَيْهَا مَا اكْتَسَبَتْ رَبَّنَا لَا تُؤَاخِذْنَا إِنْ نَسِينَا أَوْ أَخْطَأْنَا رَبَّنَا وَلَا تَحْمِلْ عَلَيْنَا إِصْرًا كَمَا حَمَلْتَهُ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِنَا رَبَّنَا وَلَا تُحَمِّلْنَا مَا لَا طَاقَةَ لَنَا بِهِ وَاعْفُ عَنَّا وَاغْفِرْ لَنَا وَارْحَمْنَا أَنْتَ مَوْلَانَا فَانْصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ.

“Rasulullah telah beriman dengan segala yang diturunkan kepadanya daripada Tuhannya. Demikian juga orang-orang yang beriman; Semuanya beriman kepada Allah dan para malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya serta rasul-rasul-Nya. (Mereka berkata): “Kami tidak membezakan di antara seorang rasul dengan rasul-rasul yang lain.” Mereka berkata...”3

(102)

بِاسْمِكَ رَبِّي وَضَعْتُ جَنْبِي، وَبِكَ أَرْفَعُهُ، فَإِنْ أَمْسَكْتَ نَفْسِي فَارْحَمْهَا، وَإِنْ أَرْسَلْتَهَا فَاحْفَظْهَا، بِمَا تَحْفَظُ بِهِ عِبَادَكَ الصَّالِحِينَ.

“Dengan nama-Mu wahai Tuhanku aku letakkan lambungan rusukku dan dengan nama-Mu aku mengangkatnya. Sekiranya Engkau memegang rohku (mati) maka rahmatilah ia, sekiranya Engkau melepaskannya maka peliharalah ia sebagaimana Engkau menjaga hamba-hamba Engkau yang Soleh”4.

(103)

اللَّهُمَّ إِنَّكَ خَلَقْتَ نَفْسِي وَأَنْتَ تَوَفَّاهَا، لَكَ مَمَاتُهَا وَمَحْيَاهَا، إِنْ أَحْيَيْتَهَا فَاحْفَظْهَا، وَإِنْ أَمَتَّهَا فَاغْفِرْ لَهَا. اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ الْعَافِيَةَ.

“Ya Allah, Engkau telah menciptakan diriku (rohku) dan Engkau mematikannya (ketika aku tidur), di bawah kekuasaan-Mu urusan kematian dan kehidupannya, sekiranya engkau menghidupkannya peliharalah ia, sekiranya engkau mematikannya ampunilah ia. Ya Allah, Sesungguhnya aku memohon daripada-Mu kesejahteraan”5.

(104)

اللَّهُمَّ قِنِي عَذَابَكَ يَوْمَ تَبْعَثُ عِبَادَكَ.

“Ya Allah peliharalah aku daripada azab-Mu pada hari Engkau bangkitkan hamba-hamba-Mu”. (dibaca tiga Kali)6.

(105)

بِاسْمِكَ اللَّهُمَّ أَمُوتُ وَأَحْيَا.

“Ya Allah dengan nama-Mu aku mati (tidur) dan dengan nama-Mu aku hidup (jaga)”7.

(106)

Bacaan tasbih, tahmid dan takbir:

سُبْحَانَ اللَّهِ (33 kali)
الْحَمْدُ لِلَّهِ (33 kali)
اللَّهُ أَكْبَرُ (34 kali)

“Maha Suci Allah” (33 kali), “Segala puji bagi Allah” (33 kali) dan “Allah Maha Besar” (34 kali)8.

Nota kaki

1. Al-Bukhari 11/126, Muslim 4/2084. [Hisn al-Muslim 99]

2. Surah Al-Baqarah, ayat 255. “Sesiapa yang membacanya pada waktu malam cukuplah ia sebagai pelindung”. Al-Bukhari serta Fathul Bari 9:94, Muslim 1/554. [Hisn al-Muslim 100]

3. Surah Al-Baqarah, ayat 285-286. “Sesiapa yang membaca dua ayat ini pada waktu malam cukuplah ia sebagai pelindung”. Al-Bukhari serta Fathul Bari 9/94, Muslim 1/554. [Hisn al-Muslim 101]

4. Al-Bukhari 11/126, Muslim 4/2084. [Hisn al-Muslim 102]

5. Muslim 4/2083, Ahmad 2/79 dengan lafaznya. [Hisn al-Muslim 103]

6. Abu Daud 4/311 dengan lafaznya. Lihat: Sahih At-Tirmizi 3/143. “Apabila Rasulullah ﷺ hendak tidur baginda meletakkan tangan kanan di bawah pipinya lalu membaca doa ini”. [Hisn al-Muslim 104]

7. Al-Bukhari serta Fathul Bari 11/113, Muslim 4/2083. [Hisn al-Muslim 105]

8. “Sesiapa yang membacanya sewaktu hendak tidur adalah lebih baik baginya daripada mendapat seorang khadam.” Al-Bukhari serta Fathul Bari 7/71, Muslim 4/2091. [Hisn al-Muslim 106]

29. Doa apabila membalikkan diri pada waktu malam ketika tidur

(107)

لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ الْوَاحِدُ الْقَهَّارُ، رَبُّ السَّمَوَاتِ وَالْأَرْضِ وَمَا بَيْنَهُمَا الْعَزِيزُ الْغَفَّارُ.

“Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah, Tuhan Yang Maha Esa lagi Maha Kuasa, Tuhan langit dan bumi serta segala yang berada di antara keduanya, Yang Maha Berkuasa lagi Maha Pengampun”1.

Nota kaki

1. “Apabila Rasulullah ﷺ membalikkan diri pada waktu malam, Baginda membaca bacaan ini”. Al-Hakim mensahihkannya dan disokong oleh Az-Zahabi 1/540, An-Nasa’i dalam Amal al-Yaum wa al-Lailah dan Ibnu As-Sunni. Lihat: Sahih Al-Jami' 4/213. [Hisn al-Muslim 107]

30. Doa apabila terganggu dan terkejut ketika tidur atau rasa kesepian

(108)

أَعُوذُ بِكَلِمَاتِ اللَّهِ التَّامَّاتِ مِنْ غَضَبِهِ وَعِقَابِهِ، وَشَرِّ عِبَادِهِ، وَمِنْ هَمَزَاتِ الشَّيَاطِينِ وَأَنْ يَحْضُرُونِ.

“Aku memohon perlindungan dengan Kalimah-kalimah Allah yang sempurna daripada kemurkaan-Nya dan azab-Nya, daripada kejahatan hamba-hamba-Nya dan daripada hasutan syaitan-syaitan dan daripada syaitan mendekatiku”1.

Nota kaki

1. Abu Daud 4/12. Lihat: Sahih At-Tirmizi 3/171. [Hisn al-Muslim 108]

31. Perkara yang perlu dilakukan apabila bermimpi sesuatu yang menakutkan

(109)
  1. Ludah ke sebelah kiri (3 kali)1.
  2. Minta perlindungan dengan Allah daripada syaitan dan daripada perkara buruk yang telah dilihatnya. (3 kali)2.
  3. Jangan menceritakan mimpinya kepada seseorang pun3.
  4. Menukarkan posisi tidurnya4.
  5. Bangun untuk melakukan solat jika ingin melakukannya5.

Nota kaki

1. Muslim 4/1772. [Hisn al-Muslim 109]

2. Muslim 4/1772-1773.

3. Muslim 4/1772.

4. Muslim 4/1773.

5. Muslim 4/1773.

32. Doa qunut solat witir

(116)

اللَّهُمَّ اهْدِنِي فِيمَنْ هَدَيْتَ، وَعَافِنِي فِيمَنْ عَافَيْتَ، وَتَوَلَّنِي فِيمَنْ تَوَلَّيْتَ، وَبَارِكْ لِي فِيمَا أَعْطَيْتَ، وَقِنِي شَرَّ مَا قَضَيْتَ، فَإِنَّكَ تَقْضِي وَلَا يُقْضَى عَلَيْكَ، إِنَّهُ لَا يَذِلُّ مَنْ وَالَيْتَ، [وَلَا يَعِزُّ مَنْ عَادَيْتَ]، تَبَارَكْتَ رَبَّنَا وَتَعَالَيْتَ.

“Ya Allah, berilah aku hidayah sebagaimana mereka yang telah Engkau beri hidayah. Dan berilah kesihatan kepadaku sebagaimana mereka yang telah Engkau berikan kesihatan. Dan peliharalah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pelihara. Dan berkatilah aku pada nikmat-nikmat yang telah Engkau kurniakan dan selamatkanlah aku daripada sebarang kejahatan dan bahaya yang telah Engkau tetapkan. Maka, sesungguhnya Engkaulah yang menghukum dan tiada yang menghukum ke atas-Mu. Sesungguhnya tidak akan hina orang yang Engkau telah kasihi dan tidak akan mulia orang yang telah Engkau musuhi. Maha Berkat Engkau, wahai Tuhan kami dan Maha Tinggi”1.

(117)

اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِرِضَاكَ مِنْ سَخَطِكَ، وَبِمُعَافَاتِكَ مِنْ عُقُوبَتِكَ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنْكَ، لَا أُحْصِي ثَنَاءً عَلَيْكَ، أَنْتَ كَمَا أَثْنَيْتَ عَلَى نَفْسِكَ.

“Ya Allah, aku berlindung dengan keredhaan-Mu daripada kemurkaan-Mu dan aku berlindung dengan kemaafan-Mu daripada hukuman-Mu dan aku berlindung dengan-Mu daripada kemurkaan-Mu, aku tidak mampu untuk memuji-Mu dengan pujian yang selayaknya sepertimana Engkau memuji diri-Mu sendiri”2.

(118)

اللَّهُمَّ إِيَّاكَ نَعْبُدُ، وَلَكَ نُصَلِّي وَنَسْجُدُ، وَإِلَيْكَ نَسْعَى وَنَحْفِدُ، نَرْجُو رَحْمَتَكَ، وَنَخْشَى عَذَابَكَ، إِنَّ عَذَابَكَ بِالْكَافِرِينَ مُلْحِقٌ . اللَّهُمَّ إِنَّا نَسْتَعِينُكَ، وَنَسْتَغْفِرُكَ، وَنُثْنِي عَلَيْكَ الْخَيْرَ، وَلَا نَكْفُرُكَ، وَنُؤْمِنُ بِكَ، وَنَخْضَعُ لَكَ، وَنَخْلَعُ مَنْ يَكْفُرُكَ.

“Ya Allah, hanya Engkaulah sahaja yang kami sembah dan kepada-Mu kami solat dan kami sujud. Kepada Engkau kami beramal dan segera berbakti. Kami mengharapkan limpah rahmat-Mu dan kami gerun akan azab seksaan-Mu. Sesungguhnya azab seksaan-Mu hanyalah ditimpakan ke atas orang-orang kafir. Ya Allah, kami memohon pertolongan-Mu, kami memohon keampunan-Mu dan kami memuji-Mu dengan kebaikan, kami tidak akan kufur kepada-Mu, kami beriman kepada-Mu, kami tunduk kepada-Mu dan kami berlepas diri daripada mereka yang kufur kepada-Mu”3.

Nota kaki

1. Riwayat Ashab As-Sunan yang 4, Ahmad, Ad-Darimi, Al-Hakim, di antara dua kurungan riwayat Al-Baihaqi. Lihat: Sahih At-Tirmizi 1/144, Sahih Ibnu Majah 1/194, Irwa' al-Ghalil 2/172. [Hisn al-Muslim 116]

2. Ashab As-Sunan yang 4, Ahmad. Lihat: Sahih At-Tirmizi 3/180, Sahih Ibnu Majah 1/194, Irwa' al-Ghalil 2/175. [Hisn al-Muslim 117]

3. Al-Baihaqi dalam As-Sunan al-Kubra dengan mentashihkan sanadnya 2/211, kata Al-Albani dalam Irwa' al-Ghalil 2/170: Sanad ini sahih dan ianya dari kata-kata Umar. [Hisn al-Muslim 118]

33. Bacaan selepas solat witir

(119)

سُبْحَانَ الْمَلِكِ الْقُدُّوسِ.

Dibaca sebanyak tiga kali dan bacaan kali yang ketiga dibaca dengan suara yang nyaring dan dipanjangkan. Kemudian baca:

[رَبِّ الْمَلَائِكَةِ وَالرُّوحِ]

“Maha Suci Tuhan yang Maha Memerintah lagi Amat Suci”. (dibaca sebanyak tiga kali dan bacaan kali yang ketiga dibaca dengan suara yang nyaring dan dipanjangkan). Kemudian baca: “Tuhan Malaikat dan Roh”1.

Nota kaki

1. An-Nasa’i 3/244, Ad-Daruqutni dan lainnya. Dalam kurungan tambahan dari Ad-Daruqutni 2/31 dan sanadnya sahih. Lihat: Zadul Ma’aad tahqiq Al-Arnauut 1/337. [Hisn al-Muslim 119]

34. Doa ketika dukacita dan sedih

(120)

اللَّهُمَّ إِنِّي عَبْدُكَ، ابْنُ عَبْدِكَ، ابْنُ أَمَتِكَ، نَاصِيَتِي بِيَدِكَ، مَاضٍ فِيَّ حُكْمُكَ، عَدْلٌ فِيَّ قَضَاؤُكَ، أَسْأَلُكَ بِكُلِّ اسْمٍ هُوَ لَكَ، سَمَّيْتَ بِهِ نَفْسَكَ، أَوْ أَنْزَلْتَهُ فِي كِتَابِكَ، أَوْ عَلَّمْتَهُ أَحَدًا مِنْ خَلْقِكَ، أَوِ اسْتَأْثَرْتَ بِهِ فِي عِلْمِ الْغَيْبِ عِنْدَكَ، أَنْ تَجْعَلَ الْقُرْآنَ رَبِيعَ قَلْبِي، وَنُورَ صَدْرِي، وَجَلَاءَ حُزْنِي وَذَهَابَ هَمِّي.

“Ya Allah, sesungguhnya aku adalah hamba- Mu, anak kepada hamba-Mu, anak kepada hamba perempuan-Mu, ubun-ubunku di Tangan-Mu, terlaksana hukuman-Mu dan adil kehakiman-Mu terhadapku, aku memohon kepada-Mu dengan setiap nama yang Engkau telah namakan diri-Mu dengan-Nya, atau yang Engkau turunkan di dalam kitab-Mu, atau Engkau telah mengajarnya kepada seseorang daripada makhluk-Mu, atau yang tersembunyi pada ilmu ghaib di sisi-Mu, jadikanlah Al-Quran penenang hatiku, cahaya di dadaku, penghapus kedukaanku dan penghilang kesusahanku”1.

(121)

اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ الْهَمِّ وَالْحَزَنِ، وَالْعَجْزِ وَالْكَسَلِ، وَالْبُخْلِ وَالْجُبْنِ، وَضَلَعِ الدَّيْنِ وَغَلَبَةِ الرِّجَالِ.

“Ya Allah, aku berlindung dengan-Mu daripada ditimpa kesusahan dan kedukaan, daripada kelemahan dan kemalasan, daripada kedekut dan perasaaan takut dan daripada desakan berhutang serta paksaan dan kezaliman orang”2.

Nota kaki

1. Ahmad 1/391, Al-Albani mentashihnya. [Hisn al-Muslim 120]

2. Al-Bukhari 7/158. “Rasulullah ﷺ banyak berdoa dengan doa ini”. Al-Bukhari serta Fathul Bari 11/173. [Hisn al-Muslim 121]

35. Doa ketika ditimpa bencana

(122)

لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ الْعَظِيمُ الْحَلِيمُ، لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ رَبُّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ، لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ رَبُّ السَّمَاوَاتِ وَرَبُّ الْأَرْضِ وَرَبُّ الْعَرْشِ الْكَرِيمِ.

“Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah, Yang Maha Agung lagi Maha Lemah Lembut. Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah, Tuhan Arasy yang agung, tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah, Tuhan langit dan bumi dan Tuhan Arasy yang mulia”1.

(123)

اللَّهُمَّ رَحْمَتَكَ أَرْجُو فَلَا تَكِلْنِي إِلَى نَفْسِي طَرْفَةَ عَيْنٍ، وَأَصْلِحْ لِي شَأْنِي كُلَّهُ، لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ.

“Ya Allah, rahmat-Mu aku pinta, maka janganlah Engkau serahkan urusanku kepada diriku walaupun sekelip mata dan perelokkanlah urusanku keseluruhannya, tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Engkau”2.

Nota kaki

1. Al-Bukhari 7/154, Muslim 4/2092. [Hisn al-Muslim 122]

2. Abu Daud 4/324, Ahmad 5/42, Sahih Abu Daud 3/959. [Hisn al-Muslim 123]

36. Doa ketika berhadapan dengan musuh

(126)

اللَّهُمَّ إِنَّا نَجْعَلُكَ فِي نُحُورِهِمْ وَنَعُوذُ بِكَ مِنْ شُرُورِهِمْ.

“Ya Allah, sesungguhnya kami jadikan Engkau sebagai penghapus dan pemusnah mereka (musuh) dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan mereka”1.

(127)

اللَّهُمَّ أَنْتَ عَضُدِي، وَأَنْتَ نَصِيرِي، بِكَ أَحُولُ وَبِكَ أَصُولُ وَبِكَ أُقَاتِلُ.

“Ya Allah, engkaulah Pembantuku dan Engkaulah Penolongku dan dengan pertolongan Engkaulah aku bertahan, berperang dan mengalahkan musuh”2.

(128)

حَسْبُنَا اللَّهُ وَنِعْمَ الْوَكِيلُ.

“Cukuplah bagi kami Allah sebagai penolong, dan Allahlah sebaik-baik penolong”3.

Nota kaki

1. Abu Daud 2/89, Al-Hakim mentashihnya dan disokong oleh Az-Zahabi 2/142. [Hisn al-Muslim 126]

2. Abu Daud 3/42, At-Tirmizi 5/572. Lihat: Sahih At-Tirmizi 3/183. [Hisn al-Muslim 127]

3. Al-Bukhari 5/172. [Hisn al-Muslim 128]

37. Doa ketika takutkan kezaliman pemerintah

(129)

اللَّهُمَّ رَبَّ السَّمَاوَاتِ السَّبْعِ، وَرَبَّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ، كُنْ لِي جَارًا مِنْ فُلَانِ بْنِ فُلَانٍ، وَأَحْزَابِهِ مِنْ خَلَائِقِكَ، أَنْ يَفْرُطَ عَلَيَّ أَحَدٌ مِنْهُمْ أَوْ يَطْغَى، عَزَّ جَارُكَ، وَجَلَّ ثَنَاؤُكَ، وَلَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ.

“Ya Allah, Tuhan tujuh lapis langit dan Tuhan Arasy yang agung, jadilah pelindungku daripada (sebutkan nama orang yang ingin dihindari kezalimannya) dan kuncu-kuncunya daripada makhluk-Mu yang mahu bertindak jahat dan ganas ke atasku. Sangat ampuh perlindungan-Mu dan sangat tinggi pujian-Mu, Tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Engkau”1.

(130)

اللَّهُ أَكْبَرُ، اللَّهُ أَعَزُّ مِنْ خَلْقِهِ جَمِيعًا، اللَّهُ أَعَزُّ مِمَّا أَخَافُ وَأَحْذَرُ، أَعُوذُ بِاللَّهِ الَّذِي لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ، الْمُمْسِكِ السَّمَاوَاتِ السَّبْعِ أَنْ يَقَعْنَ عَلَى الْأَرْضِ إِلَّا بِإِذْنِهِ، مِنْ شَرِّ عَبْدِكَ فُلَانٍ، وَجُنُودِهِ وَأَتْبَاعِهِ وَأَشْيَاعِهِ، مِنَ الْجِنِّ وَالْإِنْسِ . اللَّهُمَّ كُنْ لِي جَارًا مِنْ شَرِّهِمْ، جَلَّ ثَنَاؤُكَ وَعَزَّ جَارُكَ، وَتَبَارَكَ اسْمُكَ، وَلَا إِلَهَ غَيْرُكَ.

“Allah Maha Besar, Allah Maha Perkasa daripada semua makhluknya. Allah Maha Perkasa daripada semua yang aku takuti dan berhati-hati terhadapnya, aku berlindung dengan Allah Yang tiada tuhan yang berhak disembah selain daripada-Nya, yang memegang tujuh lapis langit daripada terjatuh menimpa bumi kecuali dengan izin-Nya, daripada kejahatan … (sebutkan nama orang yang ingin dihindari kezalimannya) dan pengikut serta kuncu-kuncunya daripada kalangan jin dan manusia. Ya Allah, peliharalah aku daripada kejahatan mereka. Sangat tinggi pujian-Mu dan Sangat ampuh perlindungan-Mu, Maha Berkat nama-Mu, Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Engkau”. (dibaca tiga kali)2.

Nota kaki

1. Al-Bukhari dalam Al-Adab al-Mufrad No. 707, Lihat: Sahih Al-Adab al-Mufrad No. 545. [Hisn al-Muslim 129]

2. Al-Bukhari dalam Al-Adab al-Mufrad No. 708. Lihat: Sahih Al-Adab al-Mufrad No. 546. [Hisn al-Muslim 130]

38. Doa ke atas musuh

(131)

اللَّهُمَّ مُنْزِلَ الْكِتَابِ، سَرِيعَ الْحِسَابِ، اِهْزِمِ الْأَحْزَابَ، اللَّهُمَّ اهْزِمْهُمْ وَزَلْزِلْهُمْ .

“Wahai Tuhan yang menurunkan kitab, yang pantas perhitungannya, kalahkanlah pakatan kuffar. Ya Allah, kalahkanlah mereka dan goncang serta gugatkanlah kedudukan mereka”1.

Nota kaki

1. Muslim 3/1362. [Hisn al-Muslim 131]

39. Doa apabila takutkan musuh

(132)

اللَّهُمَّ اكْفِنِيهِمْ بِمَا شِئْتَ .

“Ya Allah, lindungilah aku daripada kejahatan mereka dengan apa jua (cara) yang Engkau kehendaki”1.

Nota kaki

1. Muslim 4/2300. [Hisn al-Muslim 132]

40. Doa bagi mereka yang was-was dalam beriman

(133)
  • Hendaklah memohon perlindungan dengan Allah1.
  • Berhenti daripada memikirkan perkara yang meragukan2.
  • Baca:

اللَّهُ أَحَدٌ اللَّهُ الصَّمَدُ لَمْ يَلِدْ وَلَمْ يُولَدْ وَلَمْ يَكُنْ لَهُ كُفُوًا أَحَدٌ

“Allah Yang Maha Esa, Allah yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat. Dia tidak beranak dan Dia pula tidak diperanakkan. dan tidak ada seseorang pun yang serupa dengan-Nya.”3

  • Meludah ke sebelah kirinya4 dan meminta perlindungan daripada syaitan.
(134)

Baca:

آمَنْتُ بِاللَّهِ وَرُسُلِهِ.

“Aku beriman dengan Allah dan Rasul-Rasul-Nya”5.

(135)

Baca ayat:

هُوَ الْأَوَّلُ وَالْآخِرُ وَالظَّاهِرُ وَالْبَاطِنُ وَهُوَ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمٌ

“Dialah yang awal dan Dialah yang akhir. Dialah yang zahir (Maha tinggi) dan Dialah yang batin (Yang Ilmu-Nya meliputi segala sesuatu), Dialah yang Maha Mengetahui segala sesuatu”6.

Nota kaki

1. Al-Bukhari serta Fathul Bari 6/336, Muslim 1/120. [Hisn al-Muslim 133]

2. Al-Bukhari serta Fathul Bari 6/336, Muslim 1/120.

3. Sunan Abi Daud, no 4722. Lihat: Sahih At-Targhib wa At-Tarhib 2/123.

4. Penterjemah - Jika keadaan tidak mengizinkan, ludahlah tanpa mengeluarkan air liur.

5. Muslim 1/119-120. [Hisn al-Muslim 134]

6. Surah Al-Hadid, ayat 3. Abu Daud 4/329. Lihat: Sahih Abu Daud 3/962: Hasan. [Hisn al-Muslim 135]

41. Doa supaya dapat membayar hutang

(136)

اللَّهُمَّ اكْفِنِي بِحَلَالِكَ عَنْ حَرَامِكَ وَأَغْنِنِي بِفَضْلِكَ عَمَّنْ سِوَاكَ.

“Ya Allah, cukupkanlah aku dengan segala perkara yang telah Engkau halalkan daripada (berkeperluan kepada) segala perkara yang telah Engkau haramkan. Kayakanlah aku dengan kelebihan Engkau daripada meminta-minta kepada orang lain”1.

(137)

اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ الْهَمِّ وَالْحَزَنِ، وَالْعَجْزِ وَالْكَسَلِ، وَالْبُخْلِ وَالْجُبْنِ، وَضَلَعِ الدَّيْنِ وَغَلَبَةِ الرِّجَالِ.

“Ya Allah, aku berlindung dengan-Mu daripada ditimpa kesusahan dan kedukaan, daripada kelemahan dan kemalasan, daripada kedekut dan perasaaan takut dan daripada desakan berhutang serta paksaan dan kezaliman orang”2.

Nota kaki

1. At-Tirmizi 5/560. Lihat: Sahih At-Tirmizi 3/180. [Hisn al-Muslim 136]

2. Al-Bukhari 7/158. [Hisn al-Muslim 137]

42. Doa menghilangkan was-was dalam solat atau ketika membaca Al-Quran

(138)
  • Baca:

أَعُوذُ بِاللَّهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ.

“Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam”.

  • Kemudian ludah ke sebelah kiri tiga kali1.

Nota kaki

1. Muslim 4/1729, dari hadis Usman bin Abi Al-‘Aass, katanya: Setelah aku lakukannya Allah telah menghilangnya dariku. [Hisn al-Muslim 138]

43. Doa untuk dipermudahkan sebarang urusan

(139)

اللَّهُمَّ لَا سَهْلَ إِلَّا مَا جَعَلْتَهُ سَهْلًا وَأَنْتَ تَجْعَلُ الْحَزْنَ إِذَا شِئْتَ سَهْلًا.

“Ya Allah, tidak ada kemudahan kecuali sesuatu yang Engkau permudahkan, Dan Engkau mampu menjadikan sesuatu kesusahan itu mudah sekiranya Engkau kehendaki”1.

Nota kaki

1. Sahih Ibnu Hibban No. 2427 (Mawarid), Ibnu As-Sunni No. 351. Kata Al-Hafiz Ibnu Hajar: Hadis ini Sahih, disokong oleh Abdul Qadir Al-Arna’uut dalam takhrij Al-Azkar An-Nawawi 106. [Hisn al-Muslim 139]

44. Apa yang perlu diucap dan dilakukan apabila berdosa

(140)

“Setiap orang yang melakukan dosa hendaklah:

  • berwudhu’ dengan sempurna.
  • Kemudian mengerjakan solat sunat (taubat) dua rakaat.
  • Kemudian, memohon keampunan (beristighfar) daripada Allah, nescaya Allah akan mengampunkan dosanya”1.

Nota kaki

1. Abu Daud 2/86, At-Tirmizi 2/257. Sahih Abu Daud 1/283: Sahih. [Hisn al-Muslim 140]

45. Doa untuk mengusir syaitan dan gangguannya

(141)

Memohon perlindungan dengan Allah dari gangguan syaitan1.

(142)

Melaungkan azan2.

Nota kaki

1. Abu Daud 1/206. Lihat: Sahih At-Tirmizi 1/77, Surah al-Mukminun ayat 98-99. [Hisn al-Muslim 141]

2. Al-Bukhari 1/151, Muslim 1/291. [Hisn al-Muslim 142]

46. Doa ketika ditimpa sesuatu yang tidak disukai

(144)

قَدَرُ اللَّهِ وَمَا شَاءَ فَعَلَ.

“Ini adalah ketentuan (takdir) Allah, dan sesuatu yang dikehendaki-Nya pasti akan dilaksanakan-Nya”.1

Nota kaki

1. Sabda Rasulullah ﷺ: “Jangan jadikan rumah-rumah kamu seperti kubur. Sesungguhnya syaitan lari dari rumah yang dibaca di dalamnya surah al-Baqarah”. Sahih Muslim 1/539. Di antara amalan yang boleh menghalau syaitan ialah membaca zikir waktu pagi dan petang, waktu tidur dan bangun, waktu masuk dan keluar dari rumah, waktu masuk dan keluar masjid dan lain-lainnya dari zikir yang diajar oleh Rasulullah ﷺ seperti membaca ayat kursi sewaktu hendak tidur, dua ayat terakhir dari surah al-Baqarah dan sesiapa yang membaca (zikir no. 93) 100 kali akan dipelihara daripada syaitan pada hari tersebut. Demikian juga laungan azan. [Hisn al-Muslim 144]

47. Ucapan tahniah kepada mereka yang mendapat anak dan jawapannya

(145)

بَارَكَ اللَّهُ لَكَ فِي الْمَوْهُوبِ، وَشَكَرْتَ الْوَاهِبَ، وَبَلَغَ أَشُدَّهُ، وَرُزِقْتَ بِرَّهُ.

“Semoga Allah memberkati engkau dengan kelahiran anak ini dan engkau pula mensyukuri (Allah) yang mengurniakannya kepadamu, semoga (anak ini) terpelihara hingga dewasa dan engkau mendapat layanan yang baik daripada anak ini”.

Jawapan daripada bapa / penjaga kepada orang yang menyampaikan tahniah:

بَارَكَ اللَّهُ لَكَ وَبَارَكَ عَلَيْكَ، وَجَزَاكَ اللَّهُ خَيْرًا، وَرَزَقَكَ اللَّهُ مِثْلَهُ، وَأَجْزَلَ ثَوَابَكَ.

“Semoga Allah melimpahkan berkat-Nya ke atas engkau, membalas (doamu) dengan balasan yang baik, merezekikamu (anak) seumpamanya serta memperbanyakkan pahala engkau”1.

Nota kaki

1. Lihat: Al-Azkar An-Nawawi 349, Sahih Al-Azkar An-Nawawi, Salim Al-Hilali 2/713. [Hisn al-Muslim 145]

48. Doa perlindungan untuk anak-anak

(146)

“Rasulullah ﷺ telah berdoa untuk perlindungan Hasan dan Husain (cucunya) dengan membaca:

أُعِيذُكُمَا بِكَلِمَاتِ اللَّهِ التَّامَّةِ مِنْ كُلِّ شَيْطَانٍ وَهَامَّةٍ وَمِنْ كُلِّ عَيْنٍ لَامَّةٍ.

“Aku minta perlindungan bagi kamu berdua dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna daripada setiap syaitan, binatang yang berbisa dan bencana ain (pandangan mata yang menimpakan penyakit)”1.

Nota kaki

1. Al-Bukhari 4/119 dari hadis Ibnu Abbas. [Hisn al-Muslim 146]

49. Doa ketika menziarahi orang sakit

(147)

لَا بَأْسَ طَهُورٌ إِنْ شَاءَ اللَّهُ.

“Tidak mengapa, semoga penyakit ini membersihkan dosamu, insya’Allah”1.

(148)

أَسْأَلُ اللَّهَ الْعَظِيمَ رَبَّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ أَنْ يَشْفِيَكَ.

“Aku memohon kepada Allah Yang Maha Agung, Tuhan Arasy yang agung, supaya menyembuhkan engkau”. (Dibaca sebanyak tujuh Kali)2.

Nota kaki

1. Al-Bukhari serta Fathul Bari 10/118. [Hisn al-Muslim 147]

2. “Tiada seorang muslim yang menziarahi orang sakit yang belum sampai ajalnya, kemudian membacakan doa ini tujuh kali ke atasnya nescaya disembuhkan penyakitnya itu”. At-Tirmizi dan Abu Daud. Lihat: Sahih At-Tirmizi 2/210, Sahih Al-Jami' 5/180. [Hisn al-Muslim 148]

50. Kelebihan menziarahi orang sakit

(149)

Sabda Nabi ﷺ yang bermaksud: “Apabila seorang lelaki mengunjungi saudara muslimnya, maka (sepanjang perjalanannya) seolah-olah dia berjalan di taman-taman syurga sehingga dia duduk. Apabila dia sudah duduk maka rahmat Allah mengelilinginya. Jika dia berkunjung pada waktu pagi, maka tujuh puluh ribu malaikat akan mendoakannya hingga petang dan begitulah sebaliknya”1.

Nota kaki

1. At-Tirmizi, Ibnu Majah dan Ahmad. Lihat: Sahih Ibnu Majah 1/244, Sahih At-Tirmizi 1/286. Ahmad Syakir: Sahih. [Hisn al-Muslim 149]

51. Doa orang sakit yang tidak mungkin sembuh (terasa putus asa)

(150)

اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِي وَارْحَمْنِي وَأَلْحِقْنِي بِالرَّفِيقِ الْأَعْلَى.

“Ya Allah, ampunilah dosaku. Berilah rahmat kepadaku dan pertemukan aku dengan teman yang tertinggi darjatnya”1.

(151)

“Ketika hampir wafat, Nabi ﷺ memasukkan kedua tangannya ke dalam air lalu menyapukannya ke mukanya dan membaca:

لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ، إِنَّ لِلْمَوْتِ لَسَكَرَاتٍ.

“Tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah. Sesungguhnya bagi kematian itu ada kesakitan (sakarat)”2.

(152)

لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَاللَّهُ أَكْبَرُ، لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ، لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ، لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ، لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَلَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ.

“Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah, Allah Maha Besar, tiada Tuhan melainkan Allah Yang Esa, tiada Tuhan melainkan Allah yang tiada sekutu bagi-Nya, tiada Tuhan melainkan Allah yang baginya segala kekuasaan dan bagi-Nya segala pujian, tiada Tuhan melainkan Allah dan tiada daya dan upaya melainkan dengan izinan Allah”3.

Nota kaki

1. Al-Bukhari 7/10, Muslim 4/1893. [Hisn al-Muslim 150]

2. Al-Bukhari serta Fathul Bari 8/144, dan disebut juga dalam hadis bahawa Nabi ﷺ bersugi ketika ajal menghampiri baginda. [Hisn al-Muslim 151]

3. At-Tirmizi dan Ibnu Majah. Al-Albani: Sahih. Lihat: Sahih At-Tirmizi 3/152, Sahih Ibnu Majah 2/317. [Hisn al-Muslim 152]

52. Ajarakan (لا إله إلا الله) kepada orang yang sedang nazak

(153)

“Sesiapa yang akhir ucapannya:

لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ.

“Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah”, Nescaya dia akan dapat masuk syurga”1.

Nota kaki

1. Abu Daud 3/190. Lihat: Sahih Al-Jami' 5/432. [Hisn al-Muslim 153]

53. Doa ketika ditimpa musibah (kematian dan sebagainya)

(154)

إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ، اللَّهُمَّ أْجُرْنِي فِي مُصِيبَتِي وَأَخْلِفْ لِي خَيْرًا مِنْهَا.

“Sesungguhnya kami milik Allah dan kepada-Nya kami akan kembali, Ya Allah, Berikanlah ganjaran kepadaku di atas musibah yang menimpaku dan gantikanlah untukku (sesuatu atau seseorang) yang lebih baik darinya”1.

Nota kaki

1. Muslim 2/632. [Hisn al-Muslim 154]

54. Doa ketika menutup mayat

(155)

اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِفُلَانٍ (باسمه) وَارْفَعْ دَرَجَتَهُ فِي الْمَهْدِيِّينَ، وَاخْلُفْهُ فِي عَقِبِهِ فِي الْغَابِرِينَ، وَاغْفِرْ لَنَا وَلَهُ يَارَبَّ الْعَالَمِينَ، وَافْسَحْ لَهُ فِي قَبْرِهِ وَنَوِّرْ لَهُ فِيهِ.

“Ya Allah, ampunilah (sebut nama si mati), angkatlah martabatnya di kalangan orang-orang yang diberi hidayah, gantilah dia selepas pemergiannya, ampunilah kami dan dia wahai Tuhan Sekelian Alam, perluaskanlah kuburnya dan sinarilah cahaya di dalam kuburnya”1.

Nota kaki

1. Muslim 2/634. [Hisn al-Muslim 155]

55. Doa ke atas mayat dalam solat jenazah

(156)

اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ، وَعَافِهِ، وَاعْفُ عَنْهُ، وَأَكْرِمْ نُزُلَهُ، وَوَسِّعْ مُدْخَلَهُ، وَاغْسِلْهُ بِالْمَاءِ وَالثَّلْجِ وَالْبَرَدِ، وَنَقِّهِ مِنَ الْخَطَايَا كَمَا نَقَّيْتَ الثَّوْبَ الْأَبْيَضَ مِنَ الدَّنَسِ، وَأَبْدِلْهُ دَارًا خَيْرًا مِنْ دَارِهِ، وَأَهْلًا خَيْرًا مِنْ أَهْلِهِ، وَزَوْجًا خَيْرًا مِنْ زَوْجِهِ، وَأَدْخِلْهُ الْجَنَّةَ، وَأَعِذْهُ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ [وَعَذَابِ النَّارِ].

“Ya Allah, ampunilah dia, kasihanilah dia, selamatkanlah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kedudukannya, perluaskanlah kuburnya, sucikanlah dia dengan air, salji dan air hujan batu, bersihkanlah dia dari dosa-dosanya seperti Engkau bersihkan kain yang putih dari kekotoran, gantikanlah dia rumah yang lebih baik dari rumahnya, ahli keluarga yang lebih baik dari ahli keluarganya dan pasangan yang lebih baik dari pasangannya, masukkanlah dia ke syurga dan selamatkanlah dia daripada azab kubur dan azab neraka”1.

(157)

اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِحَيِّنَا، وَمَيِّتِنَا، وَشَاهِدِنَا، وَغَائِبِنَا، وَصَغِيرِنَا وَكَبِيرِنَا، وَذَكَرِنَا وَأُنْثَانَا. اللَّهُمَّ مَنْ أَحْيَيْتَهُ مِنَّا فَأَحْيِهِ عَلَى الْإِسْلَامِ، وَمَنْ تَوَفَّيْتَهُ مِنَّا فَتَوَفَّهُ عَلَى الْإِيمَانِ، اللَّهُمَّ لَا تَحْرِمْنَا أَجْرَهُ وَلَا تُضِلَّنَا بَعْدَهُ.

“Ya Allah, Ampunilah mereka yang masih hidup dalam kalangan kami dan mereka yang telah mati, yang ada hadir bersama kami (mensolatkan jenazah ini) dan yang tiada, yang kecil dalam kalangan kami dan yang tua serta yang lelaki dalam kalangan kami dan yang perempuan. Ya Allah, orang-orang yang Engkau hidupkan di antara kami, maka hidupkanlah dia dalam Islam, dan orang-orang yang telah Engkau matikan di antara kami, matikanlah dia dalam iman. Ya Allah, janganlah Engkau halangi kami dari pahala si mati dan janganlah Engkau sesatkan kami selepasnya”2.

Nota kaki

1. Muslim 2/663. [Hisn al-Muslim 156]

2. Abu Daud no 3201, At-Tirmizi no 1024, An-Nasa’ie no 1985, Ibnu Majah 1/480, Ahmad 2/368. Lihat: Sahih Ibnu Majah 1/251. [Hisn al-Muslim 157]

56. Doa solat jenazah kanak-kanak

(160)

اللَّهُمَّ أَعِذْهُ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ.

“Ya Allah, lepaskan dia dari seksaan azab kubur”1.

(161)

Elok juga kalau dibaca doa ini:

اللَّهُمَّ اجْعَلْهُ فَرَطًا وَذُخْرًا لِوَالِدَيْهِ، وَشَفِيعًا مُجَابًا. اللَّهُمَّ ثَقِّلْ بِهِ مَوَازِينَهُمَا وَأَعْظِمْ بِهِ أُجُورَهُمَا، وَأَلْحِقْهُ بِصَالِحِ الْمُؤْمِنِينَ، وَاجْعَلْهُ فِي كَفَالَةِ إِبْرَاهِيمَ، وَقِهِ بِرَحْمَتِكَ عَذَابَ الْجَحِيمِ، وَأَبْدِلْهُ دَارًا خَيْرًا مِنْ دَارِهِ، وَأَهْلًا خَيْرًا مِنْ أَهْلِهِ، اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِأَسْلَافِنَا، وَأَفْرَاطِنَا، وَمَنْ سَبَقَنَا بِالْإِيمَانِ.

“Ya Allah, jadikanlah kematian anak ini sebagai pahala dan simpanan bagi kedua ibu bapanya dan pemberi syafaat yang diterima doanya. Ya Allah, dengan kematian ini beratkanlah timbangan pahala mereka dan besarkanlah ganjaran bagi mereka. Kumpulkan dia bersama orang-orang yang soleh dan letakkan dia di bawah jagaan Nabi Ibrahim. Selamatkanlah dia dengan rahmat-Mu dari azab neraka dan gantikanlah dia rumah yang lebih baik dari rumahnya dan ahli keluarga yang lebih baik dari ahli keluarganya. Ya Allah, ampunilah datuk nenek kami, anak cucu kami serta orang-orang yang beriman sebelum kami.”2

Nota kaki

1. Kata Sa’id bin Al-Masayyib: “Aku bersolat di belakang Abu Hurairah ke atas mayat kanak-kanak yang belum melakukan sebarang kesalahan lalu aku dengar beliau membaca doa ini”. Malik, Al-Muwatta’ 1/288, Ibnu Abi Syaibah, Al-Musannaf 3/217, Al-Baihaqi 4/9. Kata Shu’aib Arnauut: Sanadnya Sahih, Tahqiq Syarh As-Sunnah karangan Al-Baghawi 5/357. [Hisn al-Muslim 160]

2. Lihat: Ibnu Qudamah, Al-Mughni 3/416, Ibnu Baz, Ad-Durus Al-Muhimmah 15. [Hisn al-Muslim 161]

57. Ucapan takziah

(162)

إِنَّ لِلَّهِ مَا أَخَذَ، وَلَهُ مَا أَعْطَى وَكُلُّ شَيْءٍ عِنْدَهُ بِأَجَلٍ مُسَمًّى. فَلْتَصْبِرْ وَلْتَحْتَسِبْ.

“Sesungguhnya kepunyaan Allah segala yang telah diambil-Nya dan kepunyaan-Nya segala yang telah diberikan-Nya dan bagi setiap sesuatu di sisi-Nya mempunyai tempoh ajalnya yang tertentu. Bersabarlah dan harapkanlah pahala daripada Allah.”1

Elok juga diucap dengan kata:

أَعْظَمَ اللَّهُ أَجْرَكَ، وَأَحْسَنَ عَزَاءَكَ وَغَفَرَ لِمَيِّتِكَ.

“Semoga Allah memperbanyakkan pahala kamu dan memperelokkan perkabungan kamu serta mengampunkan orang yang telah meninggal.”2

Nota kaki

1. Al-Bukhari 2/80, Muslim 2/636. [Hisn al-Muslim 162]

2. Al-Azkar An-Nawawi 126.

58. Doa ketika menurunkan mayat ke dalam kubur

(163)

بِسْمِ اللَّهِ وَعَلَى سُنَّةِ رَسُولِ اللَّهِ.

“Dengan nama Allah dan mengikut sunnah Rasulillah ﷺ.”1

Nota kaki

1. Abu Daud 3/314 sanadnya sahih, manakala riwayat Ahmad dengan lafaz: (بِسْمِ اللهِ وَعَلَى مِلَّةِ رَسُولِ الله), sanadnya juga sahih. [Hisn al-Muslim 163]

59. Doa Selepas Mengebumikan Mayat

(164)

اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ اللَّهُمَّ ثَبِّتْهُ.

“Ya Allah, ampunlah kesalahannya. Ya Allah, tetapkanlah dan teguhkanlah hatinya (ketika disoal oleh malaikat).”1

Nota kaki

1. “Apabila Nabi ﷺ selesai mengebumikan mayat baginda berdiri di atas kubur dan bersabda: “Mintalah keampunan dari Allah untuk saudara kamu agarn ditetapkan hatinya (ketika ditanya oleh malaikat) kerana dia sekarang sedang disoal”. Abu Daud 3/315, Al-Hakim mentashihnya dan disokong oleh Az-Zahabi 1/370. [Hisn al-Muslim 164]

60. Doa ziarah kubur

(165)

السَّلَامُ عَلَيْكُمْ أَهْلَ الدِّيَارِ، مِنَ الْمُؤْمِنِينَ وَالْمُسْلِمِينَ، وَإِنَّا إِنْ شَاءَ اللَّهُ بِكُمْ لَاحِقُونَ [وَيَرْحَمُ اللَّهُ الْمُسْتَقْدِمِينَ مِنَّا وَالْمُسْتَأْخِرِينَ] أَسْأَلُ اللَّهَ لَنَا وَلَكُمُ الْعَافِيَةَ.

“Salam sejahtera ke atas kamu wahai penghuni kubur daripada orang-orang mukminin dan muslimin. Sesungguhnya kami dengan kehendak Allah akan mengikuti kamu. Semoga Allah memberikan rahmat kepada orang yang pergi dahulu dalam kalangan kita dan yang akan menyusul kemudian. Kami memohon kepada Allah kesejahteraan bagi kami dan kamu”1.

Nota kaki

1. Muslim 2/671, Ibnu Majah dengan lafaz darinya 1/494 daripada Buraidah, dalam kurungan adalah tambahan daripada hadith ‘Aishah riwayat Muslim 2/671. [Hisn al-Muslim 165]

61. Doa ketika angin ribut

(166)

اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ خَيْرَهَا، وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّهَا.

“Ya Allah, Aku memohon kepada-Mu kebaikannya dan aku berlindung dengan-Mu daripada keburukannya.”1

(167)

اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ خَيْرَهَا وَخَيْرَ مَا فِيهَا، وَخَيْرَ مَا أُرْسِلَتْ بِهِ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّهَا، وَشَرِّ مَا فِيهَا، وَشَرِّ مَا أُرْسِلَتْ بِهِ.

“Ya Allah, aku memohon kepada-Mu kebaikannya, kebaikan yang terdapat padanya dan kebaikan yang datang bersamanya. Aku berlindung dengan-Mu daripada keburukannya, keburukan yang terdapat padanya dan keburukan yang datang bersamanya”2.

Nota kaki

1. Abu Daud 4/326, Ibnu Majah 2/1228. Lihat: Sahih Ibnu Majah 2/305. [Hisn al-Muslim 166]

2. Muslim 2/616, Al-Bukhari 4/76. [Hisn al-Muslim 167]

62. Doa ketika mendengar guruh

(168)

سُبْحَانَ الَّذِي يُسَبِّحُ الرَّعْدُ بِحَمْدِهِ وَالْمَلَائِكَةُ مِنْ خِيفَتِهِ.

“Maha Suci Allah yang para malaikat dan guruh bertasbih kepada-Nya dan memuji-Nya lantaran takut kepada-Nya”1.

Nota kaki

1. “Apabila Abdullah bin Az-Zubair mendengar guruh beliau diam dan membaca doa ini”. Al-Muwatta’ 2/992, Kata Al-Albani: Sanadnya Sahih dari perkataan Abdullah Ibn Az-Zubair. [Hisn al-Muslim 168]

63. Doa istisqa' (minta hujan)

(169)

اللَّهُمَّ اسْقِنَا غَيْثًا مُغِيثًا مَرِيئًا مَرِيعًا، نَافِعًا غَيْرَ ضَارٍّ، عَاجِلًا غَيْرَ آجِلٍ.

“Ya Allah, siramilah kami dengan hujan yang menyenangkan dan yang mendatangkan kebaikan, yang menyuburkan, yang memberi manfaat dan tidak memberi mudharat, yang segera dan tidak lambat”1.

(170)

اللَّهُمَّ أَغِثْنَا، اللَّهُمَّ أَغِثْنَا، اللَّهُمَّ أَغِثْنَا.

“Ya Allah, siramilah kami (dengan hujan). Ya Allah, siramilah kami. Ya Allah siramilah kami”2.

(171)

اللَّهُمَّ اسْقِ عِبَادَكَ، وَبَهَائِمَكَ، وَانْشُرْ رَحْمَتَكَ، وَأَحْيِ بَلَدَكَ الْمَيِّتَ.

“Ya Allah, siramilah (dengan hujan) hamba-hamba-Mu dan haiwan-haiwan ternakan-Mu. Sebarkanlah rahmat-Mu dan hidupkanlah negeri-Mu yang mati”3.

Nota kaki

1. Abu Daud 1/303. Sahih Abu Daud 1/216, Sahih. [Hisn al-Muslim 169]

2. Al-Bukhari 1/224, Muslim 2/613. [Hisn al-Muslim 170]

3. Abu Daud 1/305. Sahih Abu Daud 1/218, Hasan. [Hisn al-Muslim 171]

64. Doa ketika hujan turun

(172)

اللَّهُمَّ صَيِّبًا نَافِعًا.

“Ya Allah, cucurilah kami dengan hujan yang memberi manfaat.”1

Nota kaki

1. Al-Bukhari serta Fathul Bari 2/518. [Hisn al-Muslim 172]

65. Doa selepas hujan turun

(173)

مُطِرْنَا بِفَضْلِ اللَّهِ وَرَحْمَتِهِ.

“Telah turunnya hujan ke atas kita dengan limpah kurnia dan rahmat daripada Allah”1.

Nota kaki

1. Al-Bukhari 1/205, Muslim 1/83. [Hisn al-Muslim 173]

66. Doa ketika hujan terlalu lebat (agar berhenti)

(174)

اللَّهُمَّ حَوَالَيْنَا وَلَا عَلَيْنَا، اللَّهُمَّ عَلَى الْآكَامِ وَالظِّرَابِ، وَبُطُونِ الْأَوْدِيَةِ، وَمَنَابِتِ الشَّجَرِ.

“Ya Allah, turunkanlah hujan (yang terlalu lebat ini) di sekitar kami dan janganlah ditimpakan bencana ke atas kami. Ya Allah, turunkanlah ia di tanah-tanah tinggi, bukit-bukau, lembah-lembah serta tempat tumbuhnya pokok-pokok”1.

Nota kaki

1. Al-Bukhari 1/224, Muslim 2/614. [Hisn al-Muslim 174]

67. Doa ketika melihat anak bulan

(175)

اللَّهُ أَكْبَرُ، اللَّهُمَّ أَهِلَّهُ عَلَيْنَا بِالْأَمْنِ وَالْإِيمَانِ، وَالسَّلَامَةِ وَالْإِسْلَامِ، وَالتَّوْفِيقِ لِمَا تُحِبُّ رَبَّنَا وَتَرْضَى، رَبُّنَا وَرَبُّكَ اللَّهُ.

“Allah Maha Besar. Ya Allah, terbitkanlah ke atas kami bulan sabit dengan membawa keamanan dan keimanan, kesejahteraan dan Islam, serta taufiq untuk melakukan segala yang Engkau redha. Tuhanku dan Tuhanmu ialah Allah”1.

(Tambahan penterjemah) Lafaz riwayat At-Tirmizi yang sahih:

اللَّهُمَّ أَهِلَّهُ عَلَيْنَا بِالْيُمْنِ وَالْإِيمَانِ وَالسَّلَامَةِ وَالْإِسْلَامِ رَبِّي وَرَبُّكَ اللَّهُ.

“Ya Allah, terbitkanlah ke atas kami bulan sabit dengan membawa keamanan dan keimanan, kesejahteraan dan Islam. Tuhanku dan Tuhanmu ialah Allah”2.

Nota kaki

1. Ad-Darimi dengan lafaznya 1/336. [Hisn al-Muslim 175]

2. At-Tirmizi 5/504, Lihat: Sahih At-Tirmizi 3/157 – Sahih.

68. Doa ketika berbuka puasa

(176)

ذَهَبَ الظَّمَأُ وَابْتَلَّتِ الْعُرُوقُ، وَثَبَتَ الْأَجْرُ إِنْ شَاءَ اللَّهُ.

“Telah hilanglah dahaga dan telah basahlah urat-urat, dan telah tetaplah ganjaran pahala in sha Allah (sekiranya dikehendaki Allah)”1.

(177)

اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ بِرَحْمَتِكَ الَّتِي وَسِعَتْ كُلَّ شَيْءٍ أَنْ تَغْفِرَ لِي.

“Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepada-Mu dengan rahmat-Mu yang meliputi segala sesuatu supaya Engkau mengampunkan daku”2.

Nota kaki

1. Abu Daud 2/306 dan lainnya. Lihat: Sahih Al-Jami' 4/209. [Hisn al-Muslim 176]

2. Ibnu Majah 1/557 daripada doa Abdullah bin ‘Amr. Kata al-Hafiz Ibnu Hajar Al-‘Asqalani dalam takhrij Al-Azkar: Hasan. Lihat: Syarh Al-Azkar 4/342. [Hisn al-Muslim 177]

69. Doa sebelum makan

(178)

“Apabila seseorang kamu hendak makan bacalah:

بِسْمِ اللَّهِ.

“Dengan nama Allah”.

Jika dia terlupa membaca بِسْمِ اللَّهِ sewaktu mula makan, hendaklah dia membaca:

بِسْمِ اللَّهِ فِي أَوَّلِهِ وَآخِرِهِ.

“Dengan nama Allah pada permulaannya dan akhirnya”1.

(179)

Sesiapa yang diberi rezeki makanan oleh Allah, hendaklah dia membaca:

اللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيهِ وَأَطْعِمْنَا خَيْرًا مِنْهُ.

Sesiapa yang diberi rezeki berupa minuman susu (laban) hendaklah dia membaca:

اللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيهِ وَزِدْنَا مِنْهُ.

“Ya Allah, berikanlah keberkatan kepada kami dengan makanan ini, dan rezekikanlah kami makanan yang lebih baik daripadanya”. “Ya Allah, berikanlah keberkatan kepada kami dengan minuman ini dan berilah tambahan kebaikan darinya”2.

Nota kaki

1. Abu Daud 3/347, At-Tirmizi 4/288. Lihat: Sahih At-Tirmizi 2/167. [Hisn al-Muslim 178]

2. At-Tirmizi 5/506. Lihat: Sahih At-Tirmizi 3/158. [Hisn al-Muslim 179]

70. Doa selepas makan

(180)

الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي أَطْعَمَنِي هَذَا، وَرَزَقَنِيهِ، مِنْ غَيْرِ حَوْلٍ مِنِّي وَلَا قُوَّةٍ.

“Segala puji bagi Allah yang memberiku makanan ini dan mengurniakannya untukku sedangkan tiada daya dan upaya untuk aku mendapatkannya sendiri”1.

(181)

الْحَمْدُ لِلَّهِ حَمْدًا كَثِيرًا طَيِّبًا مُبَارَكًا فِيهِ، غَيْرَ [مَكْفِيٍّ وَلَا] مُوَدَّعٍ، وَلَا مُسْتَغْنًى عَنْهُ رَبَّنَا.

“Sebanyak-banyak pujian bagi Allah, pujian yang elok lagi berkat padanya, yang memberi dan tidak diberi, tiada tempat berserah yang paling baik dan tiada yang lebih kaya daripada-Nya. Dialah Tuhan kami tiada terkaya kami dari-Nya”2.

Nota kaki

1. Riwayat Ashab as-Sunan kecuali An-Nasa’i. Lihat: Sahih At-Tirmizi 3/159. [Hisn al-Muslim 180]

2. Al-Bukhari 6/214, At-Tirmizi dengan lafaznya 5/507. [Hisn al-Muslim 181]

71. Doa tetamu untuk tuan makanan

(182)

اللَّهُمَّ بَارِكْ لَهُمْ فِيمَا رَزَقْتَهُمْ، وَاغْفِرْ لَهُمْ وَارْحَمْهُمْ.

“Ya Allah, berkatilah mereka pada rezeki yang telah Engkau kurniakan kepada mereka, ampunilah mereka dan rahmatilah mereka”1.

Nota kaki

1. Muslim 3/1615. [Hisn al-Muslim 182]

72. Doa tetamu untuk tuan minuman, atau apabila berhajat kepada makanan dan minuman

(183)

اللَّهُمَّ أَطْعِمْ مَنْ أَطْعَمَنِي وَاسْقِ مَنْ سَقَانِي.

“Ya Allah, berikanlah makanan kepada sesiapa yang memberiku makan dan berikanlah minuman kepada sesiapa yang memberiku minum”1.

Nota kaki

1. Muslim 3/1626. [Hisn al-Muslim 183]

73. Doa apabila berbuka puasa di rumah orang

(184)

أَفْطَرَ عِنْدَكُمُ الصَّائِمُونَ، وَأَكَلَ طَعَامَكُمُ الْأَبْرَارُ، وَصَلَّتْ عَلَيْكُمُ الْمَلَائِكَةُ.

“Orang-orang yang berpuasa telah berbuka dengan kamu dan orang-orang yang mulia telah memakan makanan kamu, serta para Malaikat mendoakan agar kamu mendapat rahmat”1.

Nota kaki

1. Abu Daud 3/367, Ibnu Majah 1/556, An-Nasa’i dalam Amal al-Yaum wa al-Lailah No. 296-298, Nabi ﷺ mengucapnya kepada tuan rumah ketika berbuka puasa. Lihat: Sahih Abu Daud 2/730, Sahih. [Hisn al-Muslim 184]

74. Tindakan orang yang berpuasa apabila diajak makan

(185)

Sabda Nabi ﷺ:

«إِذَا دُعِيَ أَحَدُكُمْ فَلْيُجِبْ، فَإِنْ كَانَ صَائِمًا فَلْيُصَلِّ، وَإِنْ كَانَ مُفْطِرًا فَلْيَطْعَمْ»

“Apabila seseorang di antara kamu dijemput makan hendaklah jemputan itu dipenuhi. Kalau dia berpuasa hendaklah dia mendoakan (kepada orang yang menjemput). Kalau dia tidak berpuasa maka hendaklah dia makan”1.

Nota kaki

1. Muslim 2/1054, no 1431. [Hisn al-Muslim 185]

75. Ucapan orang yang berpuasa apabila dimaki oleh orang

(186)

إِنِّي صَائِمٌ، إِنِّي صَائِمٌ.

“Saya berpuasa, saya berpuasa”1.

Nota kaki

1. Al-Bukhari serta Fathul Bari 4/103, Muslim 2/806, no 1151. [Hisn al-Muslim 186]

76. Doa apabila melihat buah sudah masak

(187)

اللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِي ثَمَرِنَا، وَبَارِكْ لَنَا فِي مَدِينَتِنَا، وَبَارِكْ لَنَا فِي صَاعِنَا، وَبَارِكْ لَنَا فِي مُدِّنَا.

“Ya Allah, berilah keberkatan pada buah-buahan kami, berilah keberkatan pada negeri kami, berilah keberkatan pada gantang (timbangan) kami dan berilah keberkatan pada cupak kami”1.

Nota kaki

1. Muslim 2/1000. [Hisn al-Muslim 187]

77. Doa ketika bersin

(188)
  • Apabila seseorang bersin hendaklah dia berkata:

الْحَمْدُ لِلَّهِ

“Segala puji bagi Allah”.

  • Orang yang berada di sekitarnya atau mendengar kata-katanya itu hendaklah menjawab:

يَرْحَمُكَ اللَّهُ

“Semoga Allah merahmati kamu”.

  • Lalu orang yang bersin tadi menjawab:

يَهْدِيكُمُ اللَّهُ وَيُصْلِحُ بَالَكُمْ.

“Semoga Allah memberikan petunjuk kepadamu dan memperelokkan urusanmu”1.

Nota kaki

1. Al-Bukhari 7/125. [Hisn al-Muslim 188]

78. Ucapan apabila orang kafir bersin

(189)

يَهْدِيكُمُ اللَّهُ وَيُصْلِحُ بَالَكُمْ.

“Semoga Allah memberi petunjuk kepada kamu dan memperbaiki urusan (hatimu)”1.

Nota kaki

1. At-Tirmizi 5/82, Ahmad 4/400, Abu Daud 4/308. Lihat: Sahih At-Tirmizi 2/354. [Hisn al-Muslim 189]

79. Doa kepada pengantin

(190)

بَارَكَ اللَّهُ لَكَ، وَبَارَكَ عَلَيْكَ، وَجَمَعَ بَيْنَكُمَا فِي خَيْرٍ.

“Semoga Allah memberkati dirimu dan melimpahkan keberkatan ke atasmu dan menghimpunkan kamu berdua dalam kebaikan”1.

Nota kaki

1. Riwayat Ashab as-Sunan kecuali An-Nasa’i. Lihat: Sahih At-Tirmizi 1/316. [Hisn al-Muslim 190]

80. Doa pengantin untuk dirinya dan doa apabila membeli binatang (kenderaan)

(191)

“Apabila seorang lelaki berkahwin dengan seorang perempuan atau membeli seorang hamba maka bacalah:

اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ خَيْرَهَا وَخَيْرَ مَا جَبَلْتَهَا عَلَيْهِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّهَا وَشَرِّ مَا جَبَلْتَهَا عَلَيْهِ.

“Ya Allah, aku memohon kepada-Mu kebaikannya dan segala kebaikan yang telah Engkau ciptakan pada kejadiannya dan aku berlindung dengan-Mu daripada kejahatannya dan segala kejahatan yang telah Engkau ciptakan pada kejadiannya”.

Dan apabila seseorang membeli unta (haiwan) hendaklah memegang bonggolnya dan membaca doa seperti di atas.1

Nota kaki

1. Abu Daud 2/248, Ibnu Majah 1/617. Lihat: Sahih Ibnu Majah 1/324. [Hisn al-Muslim 191]

81. Doa sebelum bersetubuh

(192)

بِسْمِ اللَّهِ، اللَّهُمَّ جَنِّبْنَا الشَّيْطَانَ، وَجَنِّبِ الشَّيْطَانَ مَا رَزَقْتَنَا.

“Dengan nama Allah. Ya Allah, jauhkan kami daripada syaitan dan jauhkanlah syaitan daripada anak yang Engkau rezekikan kepada kami”1.

Nota kaki

1. Al-Bukhari 6/141, Muslim 2/1028. [Hisn al-Muslim 192]

82. Doa ketika marah

(193)

أَعُوذُ بِاللَّهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ.

“Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam”1.

Nota kaki

1. Al-Bukhari 7/99, Muslim 4/2015. [Hisn al-Muslim 193]

83. Doa ketika melihat orang ditimpa bala

(194)

الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي عَافَانِي مِمَّا ابْتَلَاكَ بِهِ وَفَضَّلَنِي عَلَى كَثِيرٍ مِمَّنْ خَلَقَ تَفْضِيلًا.

“Segala puji bagi Allah yang menyelamatkan aku daripada segala bala yang menimpa engkau, dan memberikan aku kelebihan ke atas sebahagian besar makhluk-makhluk ciptaan-Nya”1.

Nota kaki

1. At-Tirmizi 5/493-494. Lihat: Sahih At-Tirmizi 3/153. Perhatian: doa ini diucapkan pada diri sendiri, bukan kepada orang yang ditimpa bala dan bukan juga di hadapannya. [Hisn al-Muslim 194]

84. Bacaan apabila berada dalam majlis

(195)

Daripada Ibnu Umar katanya: “pernah dihitung bahawa Rasulullah ﷺ membaca bacaan ini sebanyak 100 kali dalam satu majlis:

رَبِّ اغْفِرْ لِي وَتُبْ عَلَيَّ إِنَّكَ أَنْتَ التَّوَّابُ الْغَفُورُ.

‘Wahai Tuhanku, ampunilah aku dan terimalah taubatku. Sesungguhnya Engkau sangat menerima taubat lagi Maha Pengampun’”1.

Nota kaki

1. At-Tirmizi dan lainnya. Lihat: Sahih At-Tirmizi 3/153, Sahih Ibnu Majah 2/321. [Hisn al-Muslim 195]

85. Doa kaffarah (pembersih) majlis

(196)

سُبْحَانَكَ اللَّهُمَّ وَبِحَمْدِكَ، أَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ أَسْتَغْفِرُكَ وَأَتُوبُ إِلَيْكَ.

“Maha Suci Engkau Ya Allah, dengan memuji-Mu, aku mengaku bahawa tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Engkau. Aku memohon keampunan dan aku bertaubat kepada-Mu”1.

Nota kaki

1. Riwayat Ashab as-Sunan. Lihat: Sahih At-Tirmizi 3/153. Telah sabit dari Aishah katanya: “Setiap kali Rasulullah ﷺ duduk di suatu tempat, atau apabila baginda selesai membaca Al-Quran atau selepas mengerjakan solat, Baginda mengakhirinya dengan membaca kalimah (doa) ini”. An-Nasa’i dalam Amal al-Yaum wa al-Lailah No. 308, Ahmad 6/77. [Hisn al-Muslim 196]

86. Doa kepada mereka yang berkata: 'Ghafarallahu laka'

(197)
  • Apabila seseorang berkata kepadamu:

غَفَرَ اللَّهُ لَكَ.

“Semoga Allah mengampunimu”.

  • Maka ucapkanlah:

وَلَكَ.

“Begitu juga bagimu”1.

Nota kaki

1. Ahmad 5/82, An-Nasa’i dalam Amal al-Yaum wa al-Lailah 218 No. 421 tahqiq Dr. Hamadah. [Hisn al-Muslim 197]

87. Doa untuk mereka yang berbuat kebaikan kepadamu

(198)

جَزَاكَ اللَّهُ خَيْرًا.

“Semoga Allah memberikan balasan yang baik untukmu”1.

Nota kaki

1. At-Tirmizi No. 2035. Lihat: Sahih Al-Jami' 6244, Sahih At-Tirmizi 2/200. [Hisn al-Muslim 198]

88. Bacaan untuk berlindung dari fitnah dajjal

(199)

“Sesiapa menghafaz sepuluh ayat dari awal Surah Al-Kahfi nescaya dia terpelihara dari fitnah dajjal”1.

Begitu juga dengan meminta perlindungan dengan Allah selepas membaca tasyahud akhir setiap kali solat2.

Nota kaki

1. Muslim 1/555, dalam satu riwayat: “dari akhir Surah Al-Kahf”. 1/556. [Hisn al-Muslim 199]

2. Lihat bacaan No. 55 dan 56.

89. Doa kepada mereka yang berkata: "Aku menyayangimu kerana Allah"

(200)

أَحَبَّكَ الَّذِي أَحْبَبْتَنِي لَهُ.

“Semoga Allah menyayangimu kerana engkau menyayangiku kerana-Nya”1.

Nota kaki

1. Abu Daud 4/333, Sahih Abu Daud 3/965, Sahih. [Hisn al-Muslim 200]

90. Doa kepada mereka yang menawarkan hartanya kepadamu

(201)

بَارَكَ اللَّهُ لَكَ فِي أَهْلِكَ وَمَالِكَ.

“Semoga Allah memberkatimu dalam (menguruskan) keluarga dan hartamu”1.

Nota kaki

1. Al-Bukhari serta Fathul Bari 4/288. [Hisn al-Muslim 201]

91. Doa ketika membayar hutang

(202)

بَارَكَ اللَّهُ لَكَ فِي أَهْلِكَ وَمَالِكَ، إِنَّمَا جَزَاءُ السَّلَفِ الْحَمْدُ وَالْأَدَاءُ.

“Semoga Allah memberkatimu dalam (urusan) keluarga dan hartamu. Sesungguhnya balasan bagi setiap pinjaman ialah berterima kasih kepada pemberinya serta menjelaskannya”1.

Nota kaki

1. An-Nasa’i dalam Amal al-Yaum wa al-Lailah 300, Ibnu Majah 2/809. Lihat: Sahih Ibnu Majah 2/55. [Hisn al-Muslim 202]

92. Doa agar terhindar daripada syirik

(203)

اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ أَنْ أُشْرِكَ بِكَ وَأَنَا أَعْلَمُ، وَأَسْتَغْفِرُكَ لِمَا لَا أَعْلَمُ.

“Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung dengan-Mu dari melakukan syirik kepada-Mu sedang aku mengetahuinya, dan aku minta ampun daripada-Mu di atas kesalahan-kesalahan yang aku tidak mengetahuinya”1.

Nota kaki

1. Ahmad 4/403 dan lainnya. Lihat: Sahih Al-Jami' 3/233, Sahih At-Targhib 1/19. [Hisn al-Muslim 203]

93. Bacaan untuk orang yang berkata: 'Barakallahu fika'

(204)
  • Apabila seseorang berkata kepadamu:

بَارَكَ اللَّهُ فِيكَ

“Semoga Allah menurunkan keberkatan ke atas kamu”.

  • Maka ucapkanlah:

وَفِيكَ بَارَكَ اللَّهُ

“Dan semoga Allah menurunkan keberkatan ke atas kamu juga”1.

Nota kaki

1. Ibnu As-Sunni ms 138 No. 278. Lihat: Ibnu Al-Qayyim, Al-Wabil As-Saib ms 304, tahqiq Bashir ‘Uyun. [Hisn al-Muslim 204]

94. Doa agar terhindar dari sial (tatoyyur)

(205)

اللَّهُمَّ لَا طَيْرَ إِلَّا طَيْرُكَ، وَلَا خَيْرَ إِلَّا خَيْرُكَ، وَلَا إِلَهَ غَيْرُكَ.

“Ya Allah, tidak ada kesialan kecuali sesuatu yang telah Engkau tentukan. Tidak ada kebaikan kecuali kebaikan yang telah Engkau tentukan dan tiada tuhan yang berhak disembah selain-Mu”1.

Nota kaki

1. Ahmad 2/220, Ibnu As-Sunni No. 292, Al-Albani, As-Silsilah As-Sahihah 3/54 No. 1065. [Hisn al-Muslim 205]

95. Doa naik kenderaan

(206)

بِسْمِ اللَّهِ، الْحَمْدُ لِلَّهِ، ﴿سُبْحَانَ الَّذِي سَخَّرَ لَنَا هَذَا وَمَا كُنَّا لَهُ مُقْرِنِينَ ۝١٣ وَإِنَّا إِلَى رَبِّنَا لَمُنْقَلِبُونَ ۝١٤﴾، الْحَمْدُ لِلَّهِ، الْحَمْدُ لِلَّهِ، الْحَمْدُ لِلَّهِ، اللَّهُ أَكْبَرُ، اللَّهُ أَكْبَرُ، اللَّهُ أَكْبَرُ، سُبْحَانَكَ اللَّهُمَّ إِنِّي ظَلَمْتُ نَفْسِي فَاغْفِرْ لِي، فَإِنَّهُ لَا يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا أَنْتَ.

“Dengan Nama Allah. Segala Puji bagi Allah. Maha Suci Tuhan yang telah memudahkan pengendalian kenderaan ini untuk kami, sedang kami sebelum ini tidak terdaya menguasainya. Sesungguhnya kepada Tuhan kamilah kami akan kembali. Segala puji bagi Allah, Segala puji bagi Allah, Segala puji bagi Allah. Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar. Maha Suci Engkau, aku telah menzalimi diriku. Ampunilah daku. Sesungguhnya hanya Engkaulah Pengampun dosa-dosa”1.

Nota kaki

1. Abu Daud 3/34, At-Tirmizi 5/501. Lihat: Sahih At-Tirmizi 3/156. [Hisn al-Muslim 206]

96. Doa Musafir

(207)

اللَّهُ أَكْبَرُ، اللَّهُ أَكْبَرُ، اللَّهُ أَكْبَرُ، ﴿سُبْحَانَ الَّذِي سَخَّرَ لَنَا هَذَا وَمَا كُنَّا لَهُ مُقْرِنِينَ ۝١٣ وَإِنَّا إِلَى رَبِّنَا لَمُنْقَلِبُونَ ۝١٤﴾ اللَّهُمَّ إِنَّا نَسْأَلُكَ فِي سَفَرِنَا هَذَا الْبِرَّ وَالتَّقْوَى، وَمِنَ الْعَمَلِ مَا تَرْضَى، اللَّهُمَّ هَوِّنْ عَلَيْنَا سَفَرَنَا هَذَا وَاطْوِ عَنَّا بُعْدَهُ، اللَّهُمَّ أَنْتَ الصَّاحِبُ فِي السَّفَرِ، وَالْخَلِيفَةُ فِي الْأَهْلِ، اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ وَعْثَاءِ السَّفَرِ، وَكَآبَةِ الْمُنْظَرِ، وَسُوءِ الْمُنْقَلَبِ فِي الْمَالِ وَالْأَهْلِ.

“Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Maha Suci Tuhan yang telah memudahkan pengendalian kenderaan ini untuk kami, sedang kami sebelum ini tidak terdaya menguasainya. Sesungguhnya kepada Tuhan kamilah kami akan kembali. Ya Allah, kami memohon kepada-Mu agar perjalanan kami ini dipenuhi kebaikan dan ketaqwaan dan amalan yang Engkau redhai, Ya Allah, ringankanlah perjalanan kami dan pendekkanlah jaraknya. Ya Allah Engkaulah Teman dalam perjalanan dan Penjaga bagi ahli keluarga (yang kami tinggalkan). Ya Allah, aku memohon perlindungan-Mu dari kesulitan perjalanan, pemandangan yang menyedihkan dan kejahatan yang boleh menimpa harta dan ahli keluarga”1.

Setelah Kembali daripada permusafiran bacalah doa di atas dan tambah dengan bacaan ini:

آيِبُونَ، تَائِبُونَ، عَابِدُونَ، لِرَبِّنَا حَامِدُونَ.

“Kami kembali dalam keadaan bertaubat dan menghambakan diri. Kepada Tuhan kami kami mengucapkan puji-pujian”2.

Nota kaki

1. Muslim 2/998. [Hisn al-Muslim 207]

2. Muslim 2/998.

97. Doa masuk kampung atau bandar

(208)

اللَّهُمَّ رَبَّ السَّمَوَاتِ السَّبْعِ وَمَا أَظْلَلْنَ، وَرَبَّ الْأَرَضِينَ السَّبْعِ وَمَا أَقْلَلْنَ، وَرَبَّ الشَّيَاطِينِ وَمَا أَضْلَلْنَ، وَرَبَّ الرِّيَاحِ وَمَا ذَرَيْنَ. أَسْأَلُكَ خَيْرَ هَذِهِ الْقَرْيَةِ وَخَيْرَ أَهْلِهَا، وَخَيْرَ مَا فِيهَا، وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّهَا، وَشَرِّ أَهْلِهَا، وَشَرِّ مَا فِيهَا.

“Ya Allah, Tuhan tujuh petala langit dan segala yang dinaunginya dan Tuhan tujuh lapis bumi dan segala yang di atasnya, Tuhan yang menguasai syaitan-syaitan dan segala yang mereka sesatkan, Tuhan yang menguasai angin dan segala yang diterbangkannya, aku memohon kepada-Mu kebaikan kampung ini, penduduknya dan segala yang ada di dalamnya. Aku berlindung dengan-Mu dari kejahatan kampung ini, kejahatan penduduknya dan segala yang ada di dalamnya”1.

Nota kaki

1. Al-Hakim mentashihnya dan disokong oleh Az-Zahabi 2/100, Ibnu As-Sunni No. 524. Al-Hafiz Ibnu Hajar menilainya sebagai Hasan dalam Takhrij Al-Azkar 5/154. [Hisn al-Muslim 208]

98. Doa masuk pasar

(209)

لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ، يُحْيِي وَيُمِيتُ وَهُوَ حَيٌّ لَا يَمُوتُ، بِيَدِهِ الْخَيْرُ، وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ.

“Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah Yang Esa, tiada sekutu bagi-Nya, bagi-Nya segala kekuasaan dan bagi-Nya segala kepujian, Dia Yang Menghidupkan dan Mematikan, Dia tetap hidup dan tidak akan mati, di tangan-Nya segala kebaikan dan Dia berkuasa ke atas setiap sesuatu”1.

Nota kaki

1. At-Tirmizi, Ibnu Majah 5/291, Al-Hakim 1/538, Sahih Ibnu Majah 2/21, Sahih At-Tirmizi 3/152, Hasan. [Hisn al-Muslim 209]

99. Doa apabila kenderaan tergelincir

(210)

بِسْمِ اللَّهِ.

“Dengan nama Allah”1.

Nota kaki

1. Abu Daud 4/296. Sahih Abu Daud 3/941, Sahih. [Hisn al-Muslim 210]

100. Doa orang musafir kepada orang bermukim

(211)

أَسْتَوْدِعُكُمُ اللَّهَ الَّذِي لَا تُضِيعُ وَدَائِعُهُ.

“Aku serahkan kamu semua kepada Allah yang tidak pernah mensia-siakan simpanan yang ditinggalkan kepada-Nya”1.

Nota kaki

1. Ahmad 2/403, Ibnu Majah 2/943. Lihat: Sahih Ibnu Majah 2/133. [Hisn al-Muslim 211]

101. Doa orang bermukim kepada orang musafir

(212)

أَسْتَوْدِعُ اللَّهَ دِينَكَ، وَأَمَانَتَكَ، وَخَوَاتِيمَ عَمَلِكَ.

“Aku serahkan agamamu, amanahmu dan penamat amalanmu kepada Allah”1.

(213)

زَوَّدَكَ اللَّهُ التَّقْوَى، وَغَفَرَ ذَنْبَكَ، وَيَسَّرَ لَكَ الْخَيْرَ حَيْثُمَا كُنْتَ.

“Semoga Allah membekalkanmu dengan ketaqwaan, mengampuni dosamu dan memudahkan kebaikan buatmu di mana-mana jua kamu berada”2.

Nota kaki

1. Ahmad 2/7, At-Tirmizi 5/499. Lihat: Sahih At-Tirmizi 2/155. [Hisn al-Muslim 212]

2. At-Tirmizi. Lihat: Sahih At-Tirmizi 3/155. [Hisn al-Muslim 213]

102. Membaca takbir di tempat yang tinggi dan membaca tasbih ketika turun

(214)

“Daripada Jabir katanya: Apabila kami mendaki bukit, kami melaungkan takbir:

اللَّهُ أَكْبَرُ.

Kemudian, apabila turun pula kami membaca tasbih:

سُبْحَانَ اللَّهِ.

“Allah Maha Besar”. “Maha Suci Allah”1.

Nota kaki

1. Al-Bukhari serta Fathul Bari 6/135. [Hisn al-Muslim 214]

103. Doa musafir ketika bermusafir pada waktu sahur (pagi)

(215)

سَمِعَ سَامِعٌ بِحَمْدِ اللَّهِ، وَحُسْنِ بَلَائِهِ عَلَيْنَا. رَبَّنَا صَاحِبْنَا، وَأَفْضِلْ عَلَيْنَا عَائِذًا بِاللَّهِ مِنَ النَّارِ.

“Telah ada yang bersaksi bahawa kami memuji Allah Ta’ala di atas segala nikmat dan ujian-Nya. Wahai Tuhan kami, temanilah (peliharalah) kami, anugerahkanlah kami kelebihan, dan kami berlindung dengan Allah daripada api Neraka”1.

Nota kaki

1. Muslim 4/2086. [Hisn al-Muslim 215]

104. Doa apabila berhenti di suatu tempat

(216)

أَعُوذُ بِكَلِمَاتِ اللَّهِ التَّامَّاتِ مِنْ شَرِّ مَا خَلَقَ.

“Aku berlindung dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna daripada kejahatan makhluk-makhluk yang jahat”1.

Nota kaki

1. Muslim 4/2080. [Hisn al-Muslim 216]

105. Doa apabila pulang dari bermusafir

(217)

“Mengucapkan takbir sebanyak tiga kali setiap kali naik tempat tinggi, kemudian membaca:

لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ، وَلَهُ الْحَمْدُ، وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ، آيِبُونَ تَائِبُونَ، عَابِدُونَ، لِرَبِّنَا حَامِدُونَ، صَدَقَ اللَّهُ وَعْدَهُ، وَنَصَرَ عَبْدَهُ، وَهَزَمَ الْأَحْزَابَ وَحْدَهُ.

“Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah Yang Esa, tiada sekutu bagi-Nya, bagi-Nya segala kerajaan dan bagi-Nya segala pujian dan Dia berkuasa ke atas setiap sesuatu. Kami pulang dalam keadaan bertaubat, menghambakan diri dan kepada Tuhan kami mengucapkan puji-pujian. Allah telah menepati janji-Nya dan membela hamba-Nya dan mengalahkan tentera musuh dengan sendiri-Nya”1.

Nota kaki

1. “Apabila Nabi ﷺ balik dari berperang atau haji baginda membacanya”. Al-Bukhari 7/163, Muslim 2/980. [Hisn al-Muslim 217]

106. Bacaan apabila ada sesuatu yang disukai atau yang tidak disukai

(218)

• Apabila ada sesuatu yang menyenangkan hati Nabi ﷺ, Baginda membaca:

الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي بِنِعْمَتِهِ تَتِمُّ الصَّالِحَاتُ.

“Segala puji bagi Allah yang dengan nikmat-Nya sempurnalah perkara-perkara yang baik”.

• Dan apabila ada sesuatu yang tidak disukainya, Baginda ﷺ membaca:

الْحَمْدُ لِلَّهِ عَلَى كُلِّ حَالٍ.

“Segala puji bagi Allah atas segalanya”1.

Nota kaki

1. Ibnu As-Sunni dalam Amal al-Yaum wa al-Lailah dan Al-Hakim mentashihnya 1/499, Al-Albani menilainya sebagai sahih dalam Sahih Al-Jami' 4/201. [Hisn al-Muslim 218]

107. Kelebihan berselawat ke atas Nabi

(219)

Sabda Nabi ﷺ yang bermaksud: “Sesiapa yang berselawat ke atasku sekali, Allah akan berselawat (memberikan rahmat-Nya) ke atasnya sepuluh kali”1.

(220)

Sabda Nabi ﷺ yang bermaksud: “Jangan kamu jadikan kuburku seperti tempat perayaan dan ucapkanlah selawat ke atasku kerana sesungguhnya selawat kamu akan sampai kepadaku tak kira di mana-mana sahaja kamu berada”2.

(221)

Sabdanya yang bermaksud: “Orang yang bakhil ialah orang yang apabila disebut namaku di sisinya, dia tidak berselawat ke atasku”3.

(222)

Sabda Nabi ﷺ yang bermaksud: “Allah mempunyai Malaikat-malaikat yang meronda-ronda di bumi untuk menyampaikan kepadaku salam dari umatku”4.

(223)

Sabda Nabi ﷺ lagi yang bermaksud: “Tidak ada orang yang mengucapkan salam kepadaku melainkan Allah mengembalikan kepadaku rohku hingga aku membalas salamnya”5.

Nota kaki

1. Muslim 1/288. [Hisn al-Muslim 219]

2. Abu Daud 2/218, Ahmad 2/367. Sahih Abu Daud 2/383, Sahih. [Hisn al-Muslim 220]

3. At-Tirmizi 5/551 dan lainnya. Lihat: Sahih Al-Jami' 3/25, Sahih At-Tirmizi 3/177. [Hisn al-Muslim 221]

4. An-Nasa’i 3/43, Al-Hakim 2/421. Sahih An-Nasa’i 1/274, sahih. [Hisn al-Muslim 222]

5. Abu Daud No. 2041. Sahih Abu Daud 1/383, Hasan. [Hisn al-Muslim 223]

108. Mengucapkan salam

(224)

Sabda Rasulullah ﷺ yang bermaksud: “Kamu tidak akan masuk syurga sehingga kamu beriman, dan tidak sempurna iman kamu sehingga kamu berkasih sayang sesama muslim. Mahukah aku ajarkan kepada kamu satu perkara yang apabila kamu melakukannya kamu akan berkasih sayang? Sebarkanlah salam di antara kamu”1.

(225)

“terdapat tiga perkara yang apabila seseorang itu mampu melakukannya maka dia telah mengumpulkan kesempurnaan iman:

  1. menginsafi diri.
  2. mengucapkan salam kepada semua orang.
  3. menyumbangkan derma biarpun semasa dalam keadaan fakir”2.
(226)

Daripada Abdullah bin Umar: Seorang lelaki bertanya Nabi ﷺ: “Manakah Islam yang paling baik?”, maka sabda Baginda ﷺ yang bermaksud: “Hendaklah kamu memberi makan dan mengucapkan salam kepada mereka yang kamu kenal mahupun mereka yang kamu tidak kenal”3.

Nota kaki

1. Muslim 1/74 dan lainnya. [Hisn al-Muslim 224]

2. Al-Bukhari serta Fathul Bari 1/82 dari kata-kata ‘Ammar secara ta’liq. [Hisn al-Muslim 225]

3. Al-Bukhari serta Fathul Bari 1/55, Muslim 1/65. [Hisn al-Muslim 226]

109. Cara menjawab salam dari orang kafir

(227)

“Apabila orang yahudi atau kristian (atau mana-mana non-muslim) mengucapkan salam kepadamu, maka jawablah:

وَعَلَيْكُمْ.

“Dan ke atas kamu juga”1.

Nota kaki

1. Al-Bukhari serta Fathul Bari 11/42, Muslim 4/1705. [Hisn al-Muslim 227]

110. Doa ketika mendengar kokokan ayam dan laungan keldai (himar)

(228)

“Apabila kamu mendengar kokokan ayam maka pohonlah rahmat daripada Allah kerana sesungguhnya ia telah melihat malaikat. Apabila kamu mendengar suara himar (keldai) maka pohonlah perlindungan dengan Allah daripada syaitan kerana sesungguhnya ia telah melihat syaitan”1.

Nota kaki

1. Al-Bukhari serta Fathul Bari 6/350, Muslim 4/2092. [Hisn al-Muslim 228]

111. Doa ketika mendengar salakan anjing pada waktu malam

(229)

Apabila kamu mendengar salakan anjing, maka pohonlah perlindungan dengan Allah daripadanya, kerana sesungguhnya ia telah melihat sesuatu yang kamu tidak lihat.”1

Nota kaki

1. Abu Daud 4/327, Ahmad 3/306. Sahih Abu Daud 3/961, Sahih. [Hisn al-Muslim 229]

112. Doa kepada orang yang pernah dicaci

(230)

Nabi ﷺ berdoa:

اللَّهُمَّ فَأَيُّمَا مُؤْمِنٍ سَبَبْتُهُ فَاجْعَلْ ذَلِكَ لَهُ قُرْبَةً إِلَيْكَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ.

“Ya Allah, sesiapa sahaja yang pernah aku caci daripada kalangan orang mukmin, maka jadikanlah cacianku itu sebagai satu amalan yang mendekatkan dirinya kepada-Mu pada hari kiamat”1.

Nota kaki

1. Al-Bukhari serta Fathul Bari 11/171, Muslim 4/2007 dengan lafaz: “Jadikanlah baginya penyuci kesalahannya dan rahmat”. [Hisn al-Muslim 230]

113. Bacaan apabila memuji seorang muslim

(231)

Sabda Rasulullah ﷺ: “Apabila seseorang mesti memuji saudaranya (dengan pujian yang jujur dan benar di sisinya) hendaklah dia berkata:

‘Sesungguhnya, aku mengira dia (sebut nama yang ingin dipuji) sekian dan sekian (sepertimana yang hendak dipujinya), Namun aku tidaklah memuliakannya di hadapan Allah (kerana hanya Allah sahaja yang mengetahui hakikat baik buruk seseorang)’”1

Nota kaki

1. Muslim 4/2296 No. 3000. [Hisn al-Muslim 231]

114. Bacaan apabila dipuji

(232)

اللَّهُمَّ لَا تُؤَاخِذْنِي بِمَا يَقُولُونَ، وَاغْفِرْ لِي مَا لَا يَعْلَمُونَ، [وَاجْعَلْنِي خَيْرًا مِمَّا يَظُنُّونَ].

“Ya Allah, janganlah Engkau menghukum salah ke atasku dengan sebab apa yang mereka puji kepadaku, ampuni semua kesalahanku yang tidak diketahui oleh mereka, serta jadikanlah diriku lebih baik daripada apa yang mereka sangkakan”1.

Nota kaki

1. Al-Bukhari dalam Al-Adab al-Mufrad No. 761, lihat: Sahih Al-Adab al-Mufrad No. 585. Dalam kurungan tambahan dari Al-Baihaqi dalam Syu’abul Iman 4/228 daripada rawi lain. [Hisn al-Muslim 232]

115. Bacaan Talbiyah haji dan umrah

(233)

لَبَّيْكَ اللَّهُمَّ لَبَّيْكَ، لَبَّيْكَ لَا شَرِيكَ لَكَ لَبَّيْكَ، إِنَّ الْحَمْدَ، وَالنِّعْمَةَ، لَكَ وَالْمُلْكَ، لَا شَرِيكَ لَكَ.

“Ku sambut seruan-Mu ya Ilahi, ku sambut seruan-Mu. Ku sambut seruan-Mu, tiada sekutu bagi-Mu, ku sambut seruan-Mu. Sesungguhnya segala puji-pujian, nikmat dan kekuasaan adalah milik-Mu, tiada sekutu bagi-Mu”1.

Nota kaki

1. Al-Bukhari serta Fathul Bari 3/408, Muslim 2/841. [Hisn al-Muslim 233]

116. Bertakbir apabila sampai di Hajar Aswad

(234)

“Nabi ﷺ bertawaf di Baitullah dengan menaiki unta. Setiap kali sampai di rukun Hajar Aswad Baginda mengisyarat kepadanya serta bertakbir.”1

Nota kaki

1. Al-Bukhari serta Fathul Bari 3/472-476. “Nabi ﷺ mengisyarat kepada Hajar Aswad dengan tongkat yang berada di tangannya”. [Hisn al-Muslim 234]

117. Bacaan di antara rukun Yamani dan Hajar Aswad

(235)

﴿رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الْآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ ٢٠١﴾

“Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat serta selamatkan kami dari azab neraka.”1

Nota kaki

1. Abu Daud 2/179, Ahmad 3/411, Al-Baghawi, Syarh As-Sunnah 7/128, Sahih Abu Daud 1/354, Hasan. Ayat 201 dari Surah Al-Baqarah. [Hisn al-Muslim 235]

118. Bacaan ketika berada di atas bukit Safa dan Marwah

(236)

• Apabila berada di tepi bukit safa Nabi ﷺ membaca:

﴿إِنَّ الصَّفَا وَالْمَرْوَةَ مِنْ شَعَائِرِ اللَّهِ﴾

أَبْدَأُ بِمَا بَدَأَ اللَّهُ بِهِ.

“Sesungguhnya bukit Safa dan Marwah adalah sebahagian daripada syiar ibadah kepada Allah. Aku mulai sa’ie mengikut apa yang didahulukan oleh Allah”.

• Kemudian Nabi ﷺ naik ke atas bukit Safa sehingga nampak Kaabah dan menghadapkan mukanya ke arah kiblat. Baginda membaca kalimah tauhid dan bertakbir:

اللَّهُ أَكْبَرُ، اللَّهُ أَكْبَرُ، اللَّهُ أَكْبَرُ.

“Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar”.

لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ، لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ، أَنْجَزَ وَعْدَهُ، وَنَصَرَ عَبْدَهُ، وَهَزَمَ الْأَحْزَابَ وَحْدَهُ.

“Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah Yang Esa tiada sekutu bagi-Nya, bagi-Nya segala kerajaan dan bagi-Nya pujian dan Dia berkuasa ke atas setiap sesuatu. Tiada Tuhan melainkan Allah Yang Esa tiada sekutu bagi-Nya. Allah telah menepati janji-Nya dan membela hamba-Nya dan mengalahkan tentera musuh dengan sendiri-Nya”.

• Kemudian Nabi ﷺ berdoa di antara Safa dan Marwah. Baginda membaca doa ini sebanyak tiga kali. Di dalam hadis tersebut juga dikatakan bahawa Nabi ﷺ membaca di atas bukit Marwah seperti bacaannya di Safa.”1

Nota kaki

1. Muslim 2/888. [Hisn al-Muslim 236]

119. Doa hari Arafah (9 Zulhijjah)

(237)

Sabda Nabi ﷺ: “Sebaik-baik doa ialah doa yang dibaca pada hari Arafah dan sebaik-baik ucapan yang aku serta nabi-nabi sebelumku ucapkan ialah:

لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ.

“Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah Yang Esa tiada sekutu bagi-Nya, bagi-Nya segala kerajaan dan bagi-Nya segala pujian dan Dia berkuasa ke atas setiap sesuatu”1.

Nota kaki

1. At-Tirmizi. Al-Albani, Sahih At-Tirmizi 3/184, As-Silsilah As-Sahihah 4/6. [Hisn al-Muslim 237]

120. Doa di Mash'aril Haram (Muzdalifah)

(238)

“Nabi ﷺ menaiki unta yang bernama ‘al-Qaswa’ (dari Arafah) hingga sampai ke Al-Mash’aril Haram, lalu Nabi ﷺ menghadap ke arah kiblat lalu berdoa, bertakbir:

اللَّهُ أَكْبَرُ

Allah Maha Besar,

Bertahlil:

لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ

Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah

serta membaca kalimah tauhid:

لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ

“Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah Yang Esa”.

Baginda (berdoa, bertakbir, bertahlil dan membaca kalimah tauhid bermula selepas solat subuh) berterusan hingga langit telah cerah, kemudian Baginda berangkat menuju ke Mina sebelum terbit matahari.”1

Nota kaki

1. Muslim 2/891. [Hisn al-Muslim 238]

121. Bertakbir ketika melontar Jamrah

(239)

Nabi ﷺ bertakbir setiap kali melontar di ketiga-tiga jamrah. Nabi ﷺ akan pergi Jamrah untuk melontar, kemudian baginda ﷺ maju ke hadapan jamrah seraya berdoa dengan menghadap ke arah kiblat dan dengan mengangkat kedua tangannya. Baginda melakukannya yang sedemikian selepas Jamrah Ula (pertama) dan Wusta (tengah). Adapun selepas Jamrah Aqabah, Baginda bertakbir ketika melontar setiap biji anak batu kemudian terus pergi tanpa berhenti untuk berdoa. (tidak seperti selepas dua jamrah yang di sebelumnya)1.

Nota kaki

1. Al-Bukhari serta Fathul Bari 3/583-584, 581, Muslim. [Hisn al-Muslim 239]

122. Bacaan ketika kagum terhadap sesuatu

(240)

سُبْحَانَ اللَّهِ.

“Maha Suci Allah”1.

(241)

اللَّهُ أَكْبَرُ.

“Allah Maha Besar”2.

Nota kaki

1. Al-Bukhari serta Fathul Bari 1/210,390,414, Muslim 4/1857. [Hisn al-Muslim 240]

2. Al-Bukhari serta Fathul Bari 8/441. Lihat: Sahih At-Tirmizi 2/103,235, Ahmad 5/218. [Hisn al-Muslim 241]

123. Perbuatan yang patut dilakukan apabila ada sesuatu yang menggembirakan

(242)

“Apabila ada sesuatu yang menggembirakan Nabi ﷺ, Baginda terus sujud syukur kepada Allah”1.

Nota kaki

1. Riwayat Ahl as-Sunan kecuali An-Nasa’i. Lihat: Sahih Ibnu Majah 1/233, Irwa' al-Ghalil 2/226. [Hisn al-Muslim 242]

124. Bacaan dan perbuatan apabila tubuh merasa sakit

(243)

• Letakkan tangan di tempat sakit kemudian baca:

بِسْمِ اللَّهِ.

• dan baca tujuh kali:

أَعُوذُ بِاللَّهِ وَقُدْرَتِهِ مِنْ شَرِّ مَا أَجِدُ وَأُحَاذِرُ.

“Dengan Nama Allah”. (dibaca tiga kali) “Aku berlindung dengan Allah dan kekuasaan-Nya dari kejahatan yang menimpa aku dan kejahatan yang aku takuti (akan menimpa aku di masa yang akan datang)”1.

Nota kaki

1. Muslim 4/1728. [Hisn al-Muslim 243]

125. Bacaan apabila takut ditimpa atau menimpakan bencana 'ain

(244)

“Apabila seseorang daripada kamu melihat sesuat yang mengagumkannya pada saudaranya atau dirinya atau hartanya, maka hendaklah dia mendoakan keberkatan pada benda yang dikagumi tersebut (dengan berkata “Masya’Allah”-Penterjemah), kerana ‘ain1 adalah benar (berlaku)”2.

Nota kaki

1. 'Ain ialah satu kecelakaan yang menimpa seseorang dengan sebab pandangan mata yang membahayakan. - Penterjemah. [Hisn al-Muslim 244]

2. Musnad Ahmad 4/447, Ibnu Majah, Malik, Al-Albani, Sahih Al-Jami' 1/212, Sahih. Lihat: Al-Arnauut, Tahqiq Zadul Ma’aad 4/170.

126. Bacaan ketika terkejut

(245)

لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ.

“Tiada Tuhan yang berhak disembah selain Allah”1.

Nota kaki

1. Al-Bukhari serta Fathul Bari 6/381, Muslim 4/2208. [Hisn al-Muslim 245]

127. Bacaan Ketika menyembelih haiwan

(246)

بِسْمِ اللَّهِ وَاللَّهُ أَكْبَرُ [اللَّهُمَّ مِنْكَ وَلَكَ] اللَّهُمَّ تَقَبَّلْ مِنِّي.

“Dengan nama Allah dan Allah Maha Besar. Ya Allah, binatang ini daripada Engkau dan akan kembali kepada Engkau. Ya Allah, terimalah daripadaku (sembelihan ini)”1.

Nota kaki

1. Muslim 3/1557, Al-Baihaqi 9/287, dalam kurungan tambahan riwayat Al-Baihaqi dan jumlah terakhir diriwayat dengan makna dari Muslim. [Hisn al-Muslim 246]

128. Bacaan untuk menolak gangguan syaitan

(247)

أَعُوذُ بِكَلِمَاتِ اللَّهِ التَّامَّاتِ الَّتِي لَا يُجَاوِزُهُنَّ بَرٌّ وَلَا فَاجِرٌ مِنْ شَرِّ مَا خَلَقَ، وَبَرَأَ وَذَرَأَ، وَمِنْ شَرِّ مَا يَنْزِلُ مِنَ السَّمَاءِ، وَمِنْ شَرِّ مَا يَعْرُجُ فِيهَا، وَمِنْ شَرِّ مَا ذَرَأَ فِي الْأَرْضِ، وَمِنْ شَرِّ مَا يَخْرُجُ مِنْهَا، وَمِنْ شَرِّ فِتَنِ اللَّيْلِ وَالنَّهَارِ، وَمِنْ شَرِّ كُلِّ طَارِقٍ إِلَّا طَارِقًا يَطْرُقُ بِخَيْرٍ يَا رَحْمَنُ.

“Aku berlindung dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna yang tidak boleh ditembusi oleh orang yang baik mahupun orang yang jahat, dari kejahatan semua makhluk, dari kejahatan semua yang turun dari langit dan yang naik kepadanya, dari kejahatan semua yang tumbuh di dalam bumi dan yang keluar daripadanya, dari fitnah dan kejahatan yang berlaku di waktu malam dan siang. dan dari sesuatu yang datang (pada waktu malam), kecuali yang datang dengan kebaikan, wahai Tuhan yang Maha Pemurah”1.

Nota kaki

1. Ahmad 3/419 Sanadnya Sahih, Ibnu As-Sunni No. 637, Al-Arnauut: Sahih, Takhrij At-Tahawi ms 133. Lihat: Majma’ Az-Zawaid 10/127. [Hisn al-Muslim 247]

129. Istighfar (meminta ampun) dan taubat

(248)

Sabda Rasulullah ﷺ yang bermaksud: “Demi Allah, sesungguhnya aku meminta ampun dan bertaubat kepada-Nya setiap hari lebih daripada 70 kali”1.

(249)

Sabda Rasulullah ﷺ lagi yang bermaksud: “Wahai manusia, Bertaubatlah kamu kepada Allah! Sesungguhnya Aku bertaubat kepada-Nya setiap hari 100 kali”2.

(250)

Sabda Nabi ﷺ yang bermaksud: “Waktu yang paling hampir antara Tuhan dengan hamba-Nya ialah pada waktu akhir malam. Kalau kamu mampu untuk berzikir kepada Allah pada waktu itu hendaklah kamu lakukan”3

(251)

Sabda Rasulullah ﷺ yang bermaksud: “Sesiapa yang membaca:

أَسْتَغْفِرُ اللَّهَ الْعَظِيمَ الَّذِي لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّومُ وَأَتُوبُ إِلَيْهِ.

'Aku meminta ampun daripada Allah yang tidak ada Tuhan yang berhak disembah selain daripada-Nya, yang Maha Hidup dan yang menguruskan makhluk-Nya dan aku bertaubat kepada-Nya' nescaya Allah akan mengampunkan dosanya sekalipun dia telah lari dari medan peperangan”4.

(252)

Sabda Rasulullah ﷺ yang bermaksud: “Keadaan yang paling hampir antara seorang hamba dengan Tuhannya ialah sewaktu dia sujud. Maka perbanyakkanlah doa pada ketika itu”5.

(253)

Sabda Rasulullah ﷺ yang bermaksud: “Kadangkala hatiku dilupakan (daripada berzikir mengingati Allah), Maka sesungguhnya aku meminta ampun daripada Allah setiap hari 100 kali”6.

Nota kaki

1. Al-Bukhari serta Fathul Bari 11/101. [Hisn al-Muslim 248]

2. Muslim 4/2076. [Hisn al-Muslim 249]

3. At-Tirmizi, An-Nasa’i 1/279, Al-Hakim. Lihat: Sahih At-Tirmizi 3/183, Jami’ Al-Usul Li Ahadis Ar-Rasul tahqiq Al-Arnauut 4/144. [Hisn al-Muslim 250]

4. Abu Daud 2/85, At-Tirmizi 5/569, Al-Hakim mentashihnya dan disokong oleh Az-Zahabi 1/511, Al-Albani, Sahih At-Tirmizi 3/182, Sahih, Jami’ Al-Usul Li Ahadis Ar-Rasul tahqiq Al-Arnauut 4/389-390. [Hisn al-Muslim 251]

5. Muslim 1/350. [Hisn al-Muslim 252]

6. Muslim 4/2075. Kata Ibnu Al-Athir: “maksud ‘Ada tutupan di hatiku’ ialah: Lupa. Oleh kerana Nabi ﷺ sentiasa berzikir dan menghampirkan diri baginda kepada Allah, apabila berlaku terlupa sedikit atau sekejap, Baginda menganggapnya sebagai satu kesalahan dan terus beristighfar kepada Allah.” Lihat: Jami’ Al-Usul 4/386. [Hisn al-Muslim 253]

130. Kelebihan Tasbih, Tahmid, Tahlil dan Takbir

(254)

Sabda Rasulullah ﷺ yang bermaksud: “Sesiapa yang membaca:

سُبْحَانَ اللَّهِ وَبِحَمْدِهِ.

“Maha Suci Allah dan bagi-Nya segala pujian” setiap hari 100 kali, dihapuskan kesalahannya walaupun sebanyak buih di laut”1.

(255)

Sabda Rasulullah ﷺ yang bermaksud: “Sesiapa yang membaca:

لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ، وَلَهُ الْحَمْدُ، وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ.

‘Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah Yang Esa, tiada sekutu bagi-Nya, bagi-Nya segala kerajaan dan bagi-Nya segala kepujian dan Dia Maha Berkuasa ke atas setiap sesuatu.’ Sebanyak 10 kali, baginya pahala seperti mereka yang memerdekakan empat orang daripada keturunan Nabi Ismail”2.

(256)

Sabda Rasulullah ﷺ yang bermaksud: “Dua kalimah yang ringan di lidah, berat di atas neraca timbangan dan disukai oleh Tuhan yang Maha Pemurah ialah:

سُبْحَانَ اللَّهِ وَبِحَمْدِهِ، سُبْحَانَ اللَّهِ الْعَظِيمِ.

“Maha Suci Tuhan dan bagi-Nya segala pujian dan Maha Suci Tuhan yang Maha Agung”3.

(257)

Sabda Rasulullah ﷺ yang bermaksud: “Sesungguhnya membaca:

سُبْحَانَ اللَّهِ، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ، وَلَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ، وَاللَّهُ أَكْبَرُ.

‘Maha Suci Allah, bagi-Nya segala kepujian, Tiada Tuhan yang berhak disembah selain-Nya dan Allah Maha Besar' lebih aku sukai daripada segala sesuatu yang disinari oleh matahari ke atasnya”4.

(258)

Sabda Rasulullah ﷺ yang bermaksud: “Apakah kamu tidak mampu untuk melakukan seribu kebaikan setiap hari?” Salah seorang daripada sahabat-sahabat yang ada bersama baginda bertanya: “Bagaimana kami boleh melakukan seribu kebaikan?” Sabdanya: “Dengan mengucapkan Tasbih

سُبْحَانَ اللَّهِ

100 kali, nescaya ditulis baginya 1000 kebaikan atau dihapuskan darinya 1000 kesalahan”5.

(259)

Sabda Rasulullah ﷺ yang bermaksud: “Sesiapa yang membaca:

سُبْحَانَ اللَّهِ الْعَظِيمِ وَبِحَمْدِهِ.

“Maha Suci Tuhan yang Maha Agung dan bagi-Nya segala pujian” nescaya ditanam baginya sepohon kurma di dalam syurga”6.

(260)

Sabda Rasulullah ﷺ yang bermaksud: “Wahai Abdullah bin Qais, hendakkah aku tunjukkan kepadamu perbendaharaan syurga?” Jawab Abdullah: “Mahu, wahai Rasulullah!” Sabdanya: “Ucapkanlah:

لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ.

“Tidak ada daya dan upaya kecuali dengan pertolongan Allah”7.

(261)

“Ucapan yang paling disukai oleh Allah ada empat:

سُبْحَانَ اللَّهِ، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ، وَلَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ، وَاللَّهُ أَكْبَرُ.

'Maha Suci Allah,' 'segala puji bagi Allah,' 'Tiada Tuhan yang berhak disembah selain Allah' dan 'Allah Maha Besar' tiada masalah sekiranya kamu ingin mulai dengan (mana-mana) salah satu daripadanya dan diikuti dengan yang lainnya”8.

(262)

Seorang arab badwi datang bertemu Rasulullah ﷺ dan berkata: Ajarkan saya satu ucapan yang akan saya ucapkan.” Sabdanya: “Ucapkanlah:

لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ، اللَّهُ أَكْبَرُ كَبِيرًا، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ كَثِيرًا، سُبْحَانَ اللَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ، لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ الْعَزِيزِ الْحَكِيمِ.

“Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah Yang Esa tiada sekutu bagi-Nya, Allah Maha Besar lagi Maha Agung, segala pujian sebanyaknya bagi Allah, Maha Suci Allah Tuhan sekelian alam, tidak ada daya dan upaya kecuali dengan pertolongan Allah yang Maha Mulia lagi Bijaksana.” Kata orang badwi tersebut: “Ucapan itu untuk Tuhanku, apa pula ucapan untuk diriku?” Sabda Nabi ﷺ: “Ucapkanlah:

اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِي، وَارْحَمْنِي، وَاهْدِنِي، وَارْزُقْنِي.

“Ya Allah, ampunilah kesalahanku, kasihanilah aku, berilah hidayah kepadaku dan berilah rezeki kepadaku”9.

(263)

“Apabila seorang lelaki memeluk Islam, Nabi ﷺ mengajarnya solat dan menyuruhnya berdoa dengan kalimat ini:

اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِي، وَارْحَمْنِي، وَاهْدِنِي، وَعَافِنِي، وَارْزُقْنِي.

“Ya Allah, ampunilah kesalahanku, kesihanilah aku, berilah petunjuk dan kesejahteraan kepadaku dan berilah rezeki kepadaku”10.

(264)

Sabda Rasulullah ﷺ yang bermaksud: “Sebaik-baik (afdhal) doa ialah:

الْحَمْدُ لِلَّهِ

‘Segala puji bagi Allah’. manakala sebaik-baik (afdhal) zikir ialah:

لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ

‘Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah’”11.

(265)

Sabda Rasulullah ﷺ yang bermaksud: “Al-Baqiyaat As-Solihaat (kalimah-kalimah dan amalan-amalan yang baik yang terjamin pahalanya) ialah:

سُبْحَانَ اللَّهِ، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ، وَلَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ، وَاللَّهُ أَكْبَرُ، وَلَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ.

“Maha Suci Allah, segala puji bagi Allah, Tiada Tuhan yang berhak disembah selain Allah, Allah Maha Besar, tidak ada daya dan upaya kecuali dengan pertolongan Allah”12.

Nota kaki

1. Al-Bukhari 7/168, Muslim dengan lafaznya 4/2071. [Hisn al-Muslim 254]

2. Al-Bukhari 7/167, Muslim 4/2071. [Hisn al-Muslim 255]

3. Al-Bukhari 7/168, Muslim 4/2072. [Hisn al-Muslim 256]

4. Muslim 4/2072. [Hisn al-Muslim 257]

5. Muslim 4/2073. [Hisn al-Muslim 258]

6. At-Tirmizi 5/511, Al-Hakim mentashihnya dan disokong oleh Az-Zahabi 1/501. Lihat: Sahih Al-Jami' 5/531, Sahih At-Tirmizi 3/160. [Hisn al-Muslim 259]

7. Al-Bukhari serta Fathul Bari 11/213, Muslim 4/2076. [Hisn al-Muslim 260]

8. Muslim 3/1685. [Hisn al-Muslim 261]

9. Muslim 4/2072. Tambahan dari Abu Daud: “Apabila orang badwi tersebut pergi, Nabi ﷺ bersabda: ‘Sesungguhnya telah penuh kedua tangannya dengan kebaikan’”. 1/220. [Hisn al-Muslim 262]

10. Muslim 4/2073, dalam riwayat Muslim yang lain Nabi ﷺ menambah: “Sesungguhnya bacaan tersebut telah menghimpunkan bagimu kebaikan dunia dan akhirat”. [Hisn al-Muslim 263]

11. At-Tirmizi 5/462, Ibnu Majah 2/1249, Al-Hakim mentashihnya dan disokong oleh Az-Zahabi 1/503. Lihat: Sahih Al-Jami' 1/362. [Hisn al-Muslim 264]

12. Ahmad No. 513 susunan Ahmad Syakir dengan sanad yang sahih. Lihat: Majma’ Az-Zawaid 1/297, Ibnu Hajar dalam Bulugh Al-Maram menisbahkan hadith riwayat Abi Sa’id ini kepada An-Nasa’i dan berkata: Ibnu Hibban dan Al-Hakim telah menilainya sebagai sahih. [Hisn al-Muslim 265]

131. Bagaimana cara Nabi bertasbih?

(266)

Daripada Abdullah bin Amru katanya:

“Saya melihat Nabi ﷺ menghitung bacaan tasbih dengan (jari-jemari) tangan kanannya”1.

Nota kaki

1. Abu Daud dengan lafaznya 2/81, At-Tirmizi 5/521. Lihat: Sahih Al-Jami' 4/271 No. 4865. [Hisn al-Muslim 266]

132. Beberapa adab dan kebaikan

(267)

“Apabila tiba waktu senja atau menjelang malam maka tahanlah anak-anak kamu (dari keluar rumah) kerana pada waktu itu syaitan-syaitan sedang berkeliaran. Apabila malam telah berlalu seketika, maka lepaskanlah mereka serta tutuplah pintu-pintu rumah kamu dengan menyebut nama Allah kerana syaitan tidak akan membuka pintu yang tertutup. Tutuplah bekas air kamu dengan menyebut nama Allah dan tutuplah bekas makanan kamu dengan menyebut nama Allah. Kalau penutup tidak ada, letaklah sesuatu di atasnya dan padamkan lampu (apabila kamu tidur)”1.

Nota kaki

1. Al-Bukhari serta Fathul Bari 10/88, Muslim 3/1595. [Hisn al-Muslim 267]